Monday, December 31, 2012

Bubbye 2012, Hello 2013

Hello readers.! dalam beberapa jam je lg, kita akan menjengah ke tahun baru, 2013. Emm, as usual, org akan tanya apa azam tahun baru kan.? Well, sebelum cerita apa azam tahun baru, kita kena tengok balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun 2012, and try improve apa yang terbaik, tinggalkan apa yang memudaratkan.

Tahun 2012, bukanlah tahun yang baik bagi aku. Terlalu banyak cerita yang sukar aku lupakan. dan yang paling teruk adalah 3 bulan terakhir di tahun 2012. Yup, aku rasa diri aku berada di tahap yang paling teruk 3 bulan terakhir ni. macam-macam dugaan yang berlaku yang sekaligus melemahkan semangat aku. Aku tak boleh nak bangkit dari kejatuhan lagi, dan aku cuba memaksa diri aku selama 3 bulan yang sukar ini. Tambahan pulak kontrak aku tidak disambung. Yeah, menambahkan lagi asam gara dan memberi rasa yang teruk pada jalan kehidupan aku. Ya Allah. ! berliku sungguh jalan aku. Semua dugaan yang Kau berikan ni mungkin ada hikmah disebaliknya. Tapi untuk melawan semua rasa yang berperang di dalam hati, bukan lah sesuatu yang senang.

Tahun 2013 akan tiba beberapa jam lagi. dan aku hanya impikan yang terbaik buat diriku. dan aku berharap aku lebih tabah untuk menerima segala dugaan dan ujian pada tahun hadapan. Aku teringin sekali membina kerjaya aku tahun depan. Tapi semangat aku tak begitu teguh. adakalanya kuat, dan adakalanya jatuh. Sekarang ni.?? Semangat aku dah 50-50. Ish.. Kenapa dengan aku ni. Kemana semangat aku..? Semangat untuk terima sebarang cabaran.? Aku kena carik balik diri aku yang dulu, and mulakan hidup baru. 
Yang pergi biarkan pergi. Aku tak ingin mengenang kembali. okla..Play lagu Judika jap. Aku Yang Tersakiti..  See ya on the next year. bubbye and Happy New Year..!! 

Saturday, December 29, 2012

Melangkah Kaki

Hello Readers.! sudah 3 hari aku melangkah keluar dari Warisan and bergelar si penanam anggur yang tidak bertauliah. haha. My last day at JWN was a very dramatic moments i ever had. Hari terakhir yang semua tidak tahu dan hanya aku seorang je yang tau. Tindak tanduk aku mengemaskan meja dan segala barang2 aku telah membuat kan Staf HR bermain teka teki sendiri dan diorang dah bleh agak aku last day hari tu.

Berat hati nak meninggalkan warisan.tapi aku terpaksa. sebab kontrak aku bakal berakhir tahun ni. Keadaan yang paling sukar bila aku nak bersalaman dengan Sikin. Sorang ofismate @ team member @ adik pada aku. Weih, dia dapat tau aku last day rabu lepas, and dia terus balik tanpa salam dengan aku. tapi aku sempat nampak dia dalam kete kak siti, dan dia tertunduk. Emm..aku tau dia tak sanggup nak jumpa aku and say bubbye kt aku. Tak perla. aku terus keluar dari warisan and bersalaman dengan staf yang lain.

Uwaaa...sedih gak bila tengok orang lain nanges sebab aku. Terharu, sebak and macam2 rasa. tapi takpe la. khidmat aku berakhir setakat tu. dan aku hanya sempat tinggalkan nota serah tugas pada sikin, sebab aku tak sempat nak abeskan kerja.

okla..see ya..

Wednesday, December 26, 2012

3.. 2.. 1..

Oh.! hari ni hari terakhir aku berkhidmat kat sini. Masih ada beberapa jam lagi sebelum aku melangkah keluar dari ofis ni sebagai penjawat awam bertaraf kontrak. Banyak kerja-kerja yang tertangguh kerana sistem Hrmis yang tergendala minggu lepas. So, planning hari ni untuk siapkan kerja-kerja sebelum jam 5 petang dan wat nota serah tugas pada cik sikin. 

Aduhai..rasa cam hari ni semangat untuk kerja dah kurang. Ramai yang tanya pada aku, bila aku last kat sini.. Then aku hanya cakap minggu ni. Tapi aku tak cakap pada diorg hari ni aku last. Ish..rasa berdebar and macam2 rasa ada. aku tak tau camne aku nak balik and bgtau pd org2 HR kat sini. Waktu breakfast pagi td, kak ayuni ada cerita masa dia pegi kenduri muni sabtu lepas, dia tiba2 rase sebak bile jumpa muni. Muni plak suh kak ayuni balik cepat2, mungkin sebab dia tak nak termenangis masa tu. Pastu tanpa di duga, sikin, kak mah, kak siti pun rasa sebak gak. Diorg cakap :
"ni baru muni yang takde.. Kalau nad takde nanti camne plak rasanye."
Aku senyap sambil tersenyum. aku sendiri pun tak tau camne nak face diorg balik nanti. nak salam sorg2 org HR, mesti aku rase sebak mase tu. ape plak aku nak ckp kat sikin balik nanti. Aku tau dia antara orang yang akan terasa kosong sangat bila kitorang takda. Sume kerja Hrmis dia kena wat sorang, and ktorg jugak la tempat dia meluahkan perasaan. Takpelah. Siapkan kerja dulu walaupun hati dah mula rasa sedih. Senyum and hepi macam biasa supaya takda orang tau aku dah mula sedih hari ni.. Ok. Fokus wat keja.! See Ya..!!

Friday, December 21, 2012

Dua Puluh Satu Disember 2012

21 Disember 2012

Jumaat - Hari ini mungkin adalah hari yang penting bagi beberapa kawan-kawan aku. Ada yang bakal menamatkan zaman bujang pada hari ini, dan ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh ini. 

Memula aku nak ucapkan congratz kat coursemate a.k.a. ofismate a.k.a. besfwen aku , Muni yang bakal menamatkan zaman bujang dan seterusnya bergelar seorang isteri pada hari ini. Akhirnya selepas beberapa tahun kenal sejak dari diploma sampai sekarang, kisah cinta diorang bakal beralih kepada alam perkahwinan. Aku doakan diorang berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Seterusnya aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun kepada yang menyambut hari kelahiran pada hari ini. Ada 3 orang yang sambut birthday hari ni, Cik L, Encik M.k.a, last but not least Hairul. Semoga tahun ni dan tahun yang mendatang  adalah tahun yang terbaik untuk anda bertiga. 

21.12.2012 - korang aware tak ramai yang membuat ramalan pada hari ini akan berlaku kiamat, tambahan pulak hari ini adalah hari Jumaat dan kiamat memang dibayangkan akan berlaku pada hari Jumaat, cuma kita sebagai manusia memang tak tahu bila ia akan berlaku. Ada gak yang suruh wat loan banyak-banyak tahun ni, sebab dunia dah nak kiamat, so, kalau dunia kiamat tak payah la bayar loan.haha..nonsense.  Okla, saya tak nak komen lebih-lebih tentang dunia kiamat semua ni. Pengakhiran dunia adalah di tangan Allah, dan tiada sesiapa pun yang akan tahu bila dunia akan berakhir. 

Pada hari Jumaat yang mulia dan banyak erti ni, saya nak menyusun sepuluh jari andainya ada tersilap kata, terkasar bahasa dan kesalahan-kesalahan lain yang telah dilakukan secara tidak sengaja pada anda semua dan juga pada Cik L. Aku tau aku banyak salah pada dia, infact aku adalah seorang penipu besar pada dia. Baiklah, apa pun tanggapan dia pada aku, apa pun kesalahan aku pada Cik L, aku harap dia boleh memaafkan segala kesilapan aku. (takut gak kot2 umur aku tak panjang ke, and tak sempat lak nak mintak maaf pada dia) Aku pun dah terima balik balasan atas segala kesalahan aku dulu. 

Eh..?? minggu depan aku last keje. Kena siapkan report hari ni gak..!! See ya.!!

Happy Birthday..!!



Morning peeps..!! This entry was specially dedicated to a friend of mine who celebrate the special day today.. I wish you a very happy birthday to you 'colours'.. I'll pray the best for you and hope u had a great year ahead. I'll never forget your big day my dear friend.. The Click Five-Happy Birthday song  was dedicated to you. Hope this song will brighten your days. Sorry.. There's no more celebration, cakes or candles this year. No more 12am wishes on your birthday. I knew you hate me and i will never ever bother you with my stupid wishes to your phone. I wrote this for you coz i knew sooner or later you will read this entry. Once again, Happy Bithday 'colours'.

Wednesday, December 19, 2012

Colours..


Oh.! aku takde idea untuk tajuk entry kali ni. Hari ni adalah hari yang kurang best bagi aku. Terasa macam sunyi pulak bila Muni dah mula bercuti. Aku takde kawan nak borak2 dalam kete pagi ni. Diorang kat Sumber Manusia ni pun cam suram je hari ni, tak tau la kenapa. Mungkin sebab bz nak uruskan uruskan kursus fail yang tersangat kucar kacir. Aku ni ibarat menghitung hari je kat sini. dan akhirnya segala pertanyaan aku di dalam minda telah terjawab. Sikin mintak aku minit fail SPS tadi. and secara tak langsung aku nampak surat terkini yang akan dihantar ke Kementerian. Surat Pelanjutan Kontrak bagi Contract For Service. Oh.! Memang sahih lagi tepat tekaan aku and Muni. Kontrak kitorang tidak disambung. Hanya sorang je yang akan disambung kontrak dan aku tau kenapa insan itu sahaja yang terpilih untuk disambung kontrak. 

Aku pujuk diri aku sendiri dan aku berkata
  "Arghh..Biarlah..Rezeki aku di tangan Allah, bukan di tangan nenek giler tu.. Kalau dia tak nak sambung kontrak kitorang pun takpe. Aku pun dah tak tahan nak mengadap muka dia kat sini.."

Hati sedih, muka kelat, senyum paksa. Ishh.. Aku kena carik keja lain untuk tahun depan. Aku harus merancang untuk hidup aku dari sekarang. Masa dah makin singkat. Minggu  depan aku last, and rasanya aku tak sanggup nak jumpa sorang-sorang sebelum aku tamat kontrak. Baik blah camtu jer. 

Ok. Play lagu Judika- Aku Yang Tersakiti , sambil layan untuk tulis entry ni. Menyanyi-nyanyi bait chorus lagu ni. 
" Tak pernah kah kau sadari, aku lah yang kau sakiti.. engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari..Oh! Tuhan tolonglah aku.. Hapuskan rasa cinta ku.. Aku pun ingin bahagia..Walau tak bersama dia.."

Menusuk betul lirik lagu ni. Setiap ayat tu umpama doa permintaan hati aku.. Tapi......
Hmm..hati aku tak berhenti menangis lagi walaupun kejadian tu dah hampir 3 bulan berlalu. Aku rindu dia. :'(




Temporary Shut Down.


Hello readers..!! Pernah nampak tak logo yang kat atas tu.? Emm.. pada yang memegang title sebagai penjawat awam, anda mesti tersangatla familiar dengan logo kat atas tu, or lebih dikenali sebagai HRMIS. Yup.! sebagai seorang pentadbir sistem HRMIS, aku just nak inform yang sistem HRMIS telah mengalami gangguan teknikal untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. (aku rase2 tahun depan baru sistem ni baru boleh guna balik kot) sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan cuti, LNPT, claim dan sebagainya yang telah tergendala, boleh dirujuk pada pihak Pengurusan Sumber Manusia Jabatan anda. Kemungkinan boleh guna manual dulu kot, sementara sistem ni 'sihat'. Keje aku pun banyak yang tertangguh ni gara-gara HRMIS. Masa untuk siapkan semua kerja pun dah makin singkat. Beberapa hari je lagi aku akan tamat perkhidmatan di sini. Wat nota serah tugas jela kat cik sikin.hehe.. Bubbye Warisan.. Bubbye KPKK.. and Bubbye Penerangan.. -_-

Thursday, December 13, 2012

tik tok.! tik tok.!



Masanya sudah hampir. Waktu berakhir perkhidmatan atau penyambungan suatu lagi pertanyaan. Aku sendiri tidak pasti dan yang pasti tiada pengharapan kerna tahap penerimaan sudah di tahap maksima. Biarlah semuanya berakhir di sini. Suatu permulaan harus bermula. Menaiki tangga dan menghirup udara yang berbeza. Tiada lagi nenek gila meroyan yang sering mengganggu minda menuntut hutang nya. Akhir tahun semakin hampir dan awal tahun baru bakal bermula. Mungkin hidup aku bakal berubah tahun depan (Wallahualam) Tik Tok.! Tik Tok.! Menghitung hari, menghitung setiap jam, minit dan saat.

Facebook.??

Hello..morning readers.! Actually, just nak buat skit announcement especially pada member-member yang mengenali. Saya nak inform pada semua yang facebook saya telah pun di deactivate pada suatu tarikh yang saya sendiri tak ingat bila. Oleh itu, pada kawan-kawan yang mencari saya di facebook dan gagal menjumpai profile saya, sila jangan beranggapan yang saya block anda semua,ok..? dan tolong lah jangan buat sebarang rusuhan jiwa, sentapan emosi, serang menyerang, duri durian dalam blanket or apa-apa tindakan yang agak kurang bijak bila tengok saya hilang dalam fb. Harap segala kekeliruan anda terjawab. Sekian terima kasih.

Tuesday, December 11, 2012

Janji itu Maniskah.?



Oh.! hello readers.. Pernah tak korang dengar lagu nih.? Janji Manismu nyanyian Aishah. Bagi aku lagu ni tersangat la mengganggu emosi. Kalau terdengar lagu nih, memang terasa cam menusuk sampai ke jantung. (Oh! Drama sungguh) tapi, betul ar, lagu ni ade kenangan and still terasa lagi sampai hari nih. Sebenarnya lagu ni Ex-bf si E@A tu pernah dedicate lagu ni. Mase tu kitorang memang tengah bergaduh sakan. and tetiba masa tengah bergaduh tu, dia suh dengar Radio Era sebab dia dedicate lagu tu. Dengan pantas aku pun cepat2 On radio and dengar Era. Pergghh.. Lagu Janji Manismu.. (masa tu tengah gaduh. so setiap bait-bait lirik tu aku dengar dengan teliti. Menghayati tau.! ) Teringat lagi, malam bergaduh tu aku berulang alik ke public phone utk call si E@A ni.. Ahahaha.. Kenangan zaman study yang susah aku nak lupa. Walau apa pun yang dah terjadi dulu, aku harapkan yang terbaik utk si E@A. Tiada dendam pada dia dan aku harap dia jumpa orang lain yang lebih baik. Okla.. Enjoy jap lagu Aishah ni k.. See ya.. :)

Tuesday, November 27, 2012

Jagalah Diri


Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali


Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Monday, November 26, 2012

Monday Blues (2)

 

Pernah tak korang dengar lagu nih.? siyesly, aku dulu pun tak dengar lagu-lagu mendayu camni. Tapi, lagu ni ade sentimental value pada aku. Alkisahnye, masa study degree dulu, ada sorang housemate aku ni nak karok kt satu kedai makan area shah alam. Then, abg kedai makan tu request kt housemate aku untuk nyanyi lagu nih. Maka, lagu ni dah jadi lagu fevret housemate ktorg a.k.a Malissa. Everytime kalau pergi karok, sure die akan nyanyi lagu nih. Sedap weih suara Malissa. Ish.. Rindu la nak pergi karok dengan geng2 orange house, Aida, Pajina, Cha, Pzah, Fida and yang lain2. Okla.. Layan lagu ni kejap ye.. huhu.. 

Monday, November 19, 2012

Monday Blues..




Hello readers.. well, biasalah. Hari Isnin adalah hari malas sedunia untuk bekerja. So, aku pun sesajer search lagu KLMJ mase zaman sekolah dulu. Kali ni adalah lagu dari Westlife. First lagu dari westlife yang menjadi favorite aku. Lagu Swear It Again. Mase ni aku Form 1 and selalu dok nyanyi2 lagu nih.. wahh... Rindu nye zaman sekolah dulu..

Wednesday, November 14, 2012

Oh My..!

 Hello readers..! actually aku rase cam banyak yang aku lost bila my favorite lappy hilang. Adoii...! banyak giler kenangan dalam tu. ada macam2 gambar start dari zaman aku study Diploma sampai la gambar2 latest aku pergi holiday last year. And now its Gone..!! Banyak gak note yang aku save dalam tu. And bila tiba2 aku teringat tentang lappy aku yang hilang tu, aku rase sedih sangat. sebab semua kenangan aku dah hilang. Walaupun lappy aku tu mmg dah patut masuk muzium, tp rase sayang sangat. Mane nak dapat dah sume mende kat dalam tu.. Priceless memory yang tak boleh nak dapat kat mana-mana.. Takpe la cik Lappy. Saya pasrah je atas kehilangan anda. saya redha and saya percaya semua yang berlaku ni ada hikmah nya. Tapi saya sedih... Lappy saya hilang... :'( uwaaa......

Saturday, September 29, 2012

Kay Ell Emm Jay..

Hello readers.! Pernah dengar x terms KLMJ..? maksud die Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.. Wahh.. Hari sabtu yang bosan ni, tengah aku wat keje, tiba2 lak system error.. Oh.! Damn.! takleh nak wt keje kalau cmni.. Okla, aku bukak youtube and play video. Suddenly lak terpikir lagu ni, yang tersangat la mengusik kenangan bg aku.. Haha.. Lagu This I Promise You - by N'Sync. Yup.! Lagu ni kenangan masa study degree kt Uitm dulu.. Uwarghhh...Rindu giler suasana dulu, Orange House, Seksyen 2, lepak2 extreme park, joging kat tasik and macam2 lagi r.. Okla.. Enjoy lagu KLMJ aku.. This I Promise You. :D
 

Sunday, September 23, 2012

Hikmah di sebalik peristiwa

Lama aku menyepi dan duduk termenung,
mengenang kan mengapa kisah ini bertambah lagi,
aku berfikir dan terus melayan akal fikiran,
lantas aku menjadi buntu,
hanya aku termampu terima semua yang terjadi,
adalah suatu ketetapan Ilahi,
dan aku terima sesuatu yang diambil dari aku,
pasti ada hikmah nya mengapa,
Mungkin Allah mahu berikan aku sesuatu yang lebih baik,
Lalu Dia ambil sedikit milikku,
aku redha Ya Allah,
Kau ambillah milik ku,
Jika Kau telah merancang sesuatu yang lebih baik utk ku,
aku terima semua yang terjadi pada ku Ya Allah,
dan aku takkan meninggi diri dgn apa yg aku ada,
kerna semua ini milik mu Duhai Pencipta ku,
cuma satu ingin ku,
Berikan kembali kekuatan kepada ku,
kekuatan utk berhadapan dgn sebarang kemungkinan,
Aku perlukan semangat untuk meneruskan hidup,
dan aku ingin kembali berdiri teguh,
Aku yakin semua ini pasti ada hikmah nya.

Thursday, August 16, 2012

kembali

aku masih di sini,
masih seperti diri ku yang dulu
diri yang kau kenali 26 tahun lalu

aku masih di sini,
walau aku banyak menyepi dan berdiam diri
mungkin keadaan memaksa aku begini
bukan ingin aku untuk terjadi

aku masih berdiri utuh di sini,
walau insan lain sudah meneruskan langkah
dan terus jauh meninggalkan aku
langkah aku masih perlahan
dan entah kenapa ianya tidak begitu tangkas

aku di sini
di tempat asal usul ku,
walau keadaan sudah merubah segalanya
namun aku takkan berganjak
atau aku tidak pasti
mungkin suatu hari aku akan beralih
jika keadaan memaksa ku,

aku masih lagi berdiri di sini,
melihat alam sekeliling ku,
melihat perubahan pada diri ku,
melihat dingin nya cuaca menerpa,
dan teriknya matahari menyinari,
kedua telapak tangan ku tadah,
dan aku bersyukur dengan setiap kejadian.

-nsnm-

Tuesday, August 7, 2012

Bau badan



Assalamualaikum and hello readers. Masih lagi di dalam bulan Ramadan dan malam Lailatul Qadar akan tiba tidak lama saja lagi. So, macam mana dengan amalan di bulan puasa ni.? Pegi terawih tak.? korang mengaji tak.? Or join tadarus ke.? kalau ada Alhamdulillah.. Kalau belum mula lagi, masih belum terlambat untuk mulakan. 10 malam terakhir Ramadan ni lebih baik kalau dibanyakkan amal ibadat.

Okla.Enough cter pasal bulan puasa. Actually aku memang cukup tak tahan dengan bau badan orang yang hangit + tengik + hapak dan sewaktu dengannya. Bukan apa, bau badan ni memberi expectation pada orang sekeliling yang anda adalah seorang yang tidak menjaga penampilan diri, anda seorang yang pengotor, anda seorang yang busuk dan anda seorang yang tidak terurus. Zaman sekarang ni macam-macam ada jual. Perfume, ubat ketiak, deodorant. Deodorant tu berlambak2 jual kat farmasi, kedai runcit, pasaraya, dengan pelbagai jenama dan spesifikasi. Apa salahnya guna sedikit duit untuk beli deodorant bagi menambah keyakinan diri anda. Ingat! kalau anda mempunyai masalah bau badan, orang sekeliling anda akan menjauhkan diri dari anda. 


Masalah bau badan ni juga berpunca daripada pemakanan anda. Contohnya kalau terlalu banyak mengambil bawang putih, badan anda mungkin akan 'sedikit' berbau. so, please.. ambil inisiatif pakai deodorant ke. Jangan la seksa orang sekeliling anda dengan bau anda yang hapak + tengik + hangit tu. Penampilan diri juga harus di jaga. Jangan nak pentingkan diri sendiri je okay.? Tak salah rasa nya kalau hari raya nanti kita tampilkan diri yang wangi dan bersih. Atleast kalau beraya sampai petang pun, badan tak berbau tengik kan.?

Akhir kata dari saya, tingkatkan keyakinan diri, buang bau hangit di badan, dan tampil lebih bergaya di hari raya. 
See ya.

Monday, July 30, 2012

Iftar 2012

 

Assalamualaikum and hello to readers. Alhamdulillah, today is the 10th day of Ramadhan. Syukur, coz i had given the chance to celebrate this holy month of Ramadhan again in year 2012. Seperti biasa, kalau dah nama nya bulan puasa, mestilah ada aktiviti berbuka puasa bersama-sama dengan member sekolah kan.? So, this year kitorg dapat lagi buka puasa bersama-sama di Restoran Mohd Chan Abdullah. Sorry lah kalau ade antara schoolmate SMKR yg ktorg terlepas pandang or terlupa nk invite. Anyway, thanks pada yang datang semalam. Penuhi Ramadhan ini dengan amal ibadat k.. See ya..


Thursday, July 19, 2012

3rd Ramadhan

 

Assalamualaikum and hello to readers. Im taking so much time to write a new entry. Things got so complicated and i need some strength to continue breathing.Ok. Ramadhan is coming over in 2 days. There's thousands of feeling i felt inside. This year's Ramadhan brings another colors in my life. Anyway, welcome to Ramadhan and happy fasting guys. See ya.

Monday, June 18, 2012

Deleting Memories

 

Bila cakap pasal delete, memang la senang. Its just a click away. With a simple click of delete, everything will be erased. But, pernah ke kita terfikir, tu hanya teknologi. In reality, nak buang semua memori tu bukannya senang.  With a single click, kita boleh delete semua gambar yang ada dalam digital camera. With a simple click, kita boleh delete semua text message camtu je.

Pernah tak kita terfikir bahawa setiap memori tu ade sentimental value, yang bila kita kenang balik, akan wat kan kita tersenyum sendiri teringatkan cerita lalu.

Huh.. Apa la yang aku merepek ni. Entah la. 

P/s: nak delete memori tu memang senang. Tapi memori yang ada dalam ingatan kita bukan mudah untuk di padamkan dalam sekelip mata.

Tuesday, May 1, 2012

masa




tik tok..tik tok..
masa berjalan..

tik tok.. tik tok..
waktu meninggalkan..
menghitung masa..
meninggalkan waktu..

melihat masa itu pergi..
adalah satu penyeksaan..

menunggu waktu itu tiba..
ibarat suatu debaran..

debaran semakin kencang..
kerana ia sudah hampir..
hati pula makin rapuh..
kerana ia harus meninggalkan..

duhai hati..
tolonglah merawat segera..
supaya ia teguh dalam berduka..
kerana 1 lagi ceritera..
bakal meruntun jiwa..


semua isi hatimu



Enjoy.. :p

Monday, April 30, 2012

words by words



kesian..
oh, apakah perkataan itu,
semakin aku tidak mengerti.

kesian,
seribu makna tersirat,
dan memerlukan beribu pengorbanan

di sebalik erti sebuah perkataan,
pelbagai tafsiran boleh terungkai..
dan kesian itu,
adalah suatu perasaan yang hadir,
tanpa boleh di halang,

mengapa perlu kesian,
mengapa perlu bertahan kerana kesian,
jangan menyeksa diri kerana kesian,
kerna ia akan memakan diri,

tiada kata yang mampu terucap,
hanya sebuah pandangan mata yang sepi,
ohh, kesian..
tidak perlu kesian,
berlalu saja dengan senyuman,
kerna ia permulaan bagi satu kehidupan.

 

Tuesday, April 24, 2012

Friday, April 20, 2012

Hello.. Hello..


Assalamualaikum and Salam Sejahtera. Actually aku nak share something dengan korang. Ok, citer dia camni.. Petang tadi dalam kul 4 lebih aku ada dapat call daripada nombor nih - 03-27818181. Then dia perkenalkan diri sebagai staf daripada Air Asia and bagitau yang Air Asia telah membuat one type of compliment kepada customer Air Asia.
Staff : Hello. Boleh saya bercakap dengan cik Nadia.
NM : ya. saya bercakap.
Staff : Hello cik Nadia, saya call daripada Air Asia dan ingin memberitahu yang pihak kami ada membuat sejenis penghargaan kepada pelanggan kami. Saya difahamkan cik nadia pernah membuat transaksi online di website Air Asia untuk membeli tiket penerbangan. Betul kan.?
NM : Ya. betul. Then.?
Staff : Oleh itu, pihak kami dengan kerjasama AIA insurans telah berbesar hati untuk memberi cik nadia insurans kemalangan percuma selama 30 hari dan jika ada apa-apa kemalangan berlaku dalam tempoh berkenaan, pihak AIA insurans akan membayar 30K secara lumpsum.
NM : Owh. Yeke..
Staff : Boleh saya mintak nama penuh cik nadia.?
NM : Nama saya Nadia M***.
Staff : Ok. Boleh saya mintak alamat surat menyurat untuk pihak kami hantar certificate insurans AIA kepada cik.
NM: Alamat saya.? Owh.. alamat saya seperti apa yang terdapat dalam sistem anda. Sure Air Asia bleh check details loyal customer dia kan.?
Staff : Oh, Tidak. Prosedur kami, kami hanya akan dapatkan alamat semula pada cik.
NM : Ok. (aku pun sebut alamat umah sewa kt shah alam dlu laju2.saje nak test either dia ade details aku ke tak. haha.. terkulat2 dia salin alamat aku)
Staff : Baiklah cik nadia, seterusnya boleh saya dapatkan no ic cik.?
NM : No ic saya.? Ok, tapi apa yang boleh u buktikan yang u betul2 staff daripada Air Asia.?
Staff : Pihak kami ada menghantar emel kepada cik nadia sebelum saya buat panggilan ini.
NM : hantar emel ye.. kejap2.. saya nak check..Kejap ye..... Eh, mana ada Air Asia hantar emel berhubung perkara ni. Saya dah check, memang xde.
Staff : (die dah mule gelabah) tapi sebelum kami buat panggilan ni, memang pihak kami ada hantar emel terlebih dahulu. ataupun cik nadia boleh tengok di website kami. Mungkin juga check pada emel cik nadia yang lain-lain.
NM : (emel aku yang lain2 ye.. kepala hot** ko.. aku register kt Air Asia 1 emel je.xkan la Air Asia leh tau emel aku yang lain.) Ok. saya dah tengok di website air asia, memang xde pun berkenaan insurans certificate yg u cakap ni.
Staff : Emm.. Boleh saya dapatkan no ic cik nadia.? (suara die dah cuak giler)
NM : Maaflah ye. Saya tak berminat utk insurans certificate 30 hari yang u nak bagi free ni. Terima Kasih.
--Letak--
Huh..Lepas je aku letak phone, terus aku search nombor tu kt google. Then aku try call balik nombor tu gune no.phone lain. - " Sorry. u have key in an invalid number " tettt.... ( owh. nombor apakah ini )
Memang dasar scammers tul. Dahla yang call tu pompuan melayu. Aiseh. Wat malu kaum wanita and org melayu je dia nih. Pekerjaan menipu orang je. Memang nasib dia kurang baiklah nak menipu time aku tengah mengadap PC. aku search semua details yang dia bagi time tu jugak. Okla. nasihat aku kepada pengguna Air Asia, kalau ada orang camni call, tak payah layan. Biarlah dia nak kata korang tolak rezeki ke hape. Sebab dalam dunia sekarang ni memang ramai penipu. nak cepat kaya dengan menipu orang. Nauzubillah.
Nasihat aku untuk ingatan semua. See ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...