Wednesday, December 19, 2012

Colours..


Oh.! aku takde idea untuk tajuk entry kali ni. Hari ni adalah hari yang kurang best bagi aku. Terasa macam sunyi pulak bila Muni dah mula bercuti. Aku takde kawan nak borak2 dalam kete pagi ni. Diorang kat Sumber Manusia ni pun cam suram je hari ni, tak tau la kenapa. Mungkin sebab bz nak uruskan uruskan kursus fail yang tersangat kucar kacir. Aku ni ibarat menghitung hari je kat sini. dan akhirnya segala pertanyaan aku di dalam minda telah terjawab. Sikin mintak aku minit fail SPS tadi. and secara tak langsung aku nampak surat terkini yang akan dihantar ke Kementerian. Surat Pelanjutan Kontrak bagi Contract For Service. Oh.! Memang sahih lagi tepat tekaan aku and Muni. Kontrak kitorang tidak disambung. Hanya sorang je yang akan disambung kontrak dan aku tau kenapa insan itu sahaja yang terpilih untuk disambung kontrak. 

Aku pujuk diri aku sendiri dan aku berkata
  "Arghh..Biarlah..Rezeki aku di tangan Allah, bukan di tangan nenek giler tu.. Kalau dia tak nak sambung kontrak kitorang pun takpe. Aku pun dah tak tahan nak mengadap muka dia kat sini.."

Hati sedih, muka kelat, senyum paksa. Ishh.. Aku kena carik keja lain untuk tahun depan. Aku harus merancang untuk hidup aku dari sekarang. Masa dah makin singkat. Minggu  depan aku last, and rasanya aku tak sanggup nak jumpa sorang-sorang sebelum aku tamat kontrak. Baik blah camtu jer. 

Ok. Play lagu Judika- Aku Yang Tersakiti , sambil layan untuk tulis entry ni. Menyanyi-nyanyi bait chorus lagu ni. 
" Tak pernah kah kau sadari, aku lah yang kau sakiti.. engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari..Oh! Tuhan tolonglah aku.. Hapuskan rasa cinta ku.. Aku pun ingin bahagia..Walau tak bersama dia.."

Menusuk betul lirik lagu ni. Setiap ayat tu umpama doa permintaan hati aku.. Tapi......
Hmm..hati aku tak berhenti menangis lagi walaupun kejadian tu dah hampir 3 bulan berlalu. Aku rindu dia. :'(




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...