kesian..
oh, apakah perkataan itu,
semakin aku tidak mengerti.
kesian,
seribu makna tersirat,
dan memerlukan beribu pengorbanan
di sebalik erti sebuah perkataan,
pelbagai tafsiran boleh terungkai..
dan kesian itu,
adalah suatu perasaan yang hadir,
tanpa boleh di halang,
mengapa perlu kesian,
mengapa perlu bertahan kerana kesian,
jangan menyeksa diri kerana kesian,
kerna ia akan memakan diri,
tiada kata yang mampu terucap,
hanya sebuah pandangan mata yang sepi,
ohh, kesian..
tidak perlu kesian,
berlalu saja dengan senyuman,
kerna ia permulaan bagi satu kehidupan.
No comments:
Post a Comment