Tuesday, September 27, 2011

Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia


Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi tentang titah atau pun teks ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC semalam. Aku rasa titahnya adalah sebagai salah satu luahan rasa dari seorang Raja Melayu yang dukacita dengan senario politikdi Malaysia kini. Tuanku bersungguh-sungguh mengingatkan supaya jangan memperdagangkan agama Islam dan juga hak keistimewaan orang Melayu semata-mata untuk meraih sorak ataupun untuk memancing undi. Tuanku juga turut menegaskan tentang Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Aku share kat sini untuk tatapan semua especially mana yang lalai dengan permainan politik. 

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu:
  1. Islam sebagai agama Persekutuan
  2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan
  4. Kedudukan istimewa Orang Melayu dilindungi
  5. Melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain
  6. Kedaulatan Raja -Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin
Daripada Wasiat Raja-Raja Melayu tu, kita semua sedia maklum yang ada usaha untuk menjatuhkan Agama Islam sebagai agama Persekutuan, kononnye untuk bertindak lebih adil ataupun dengan kata lainnya "Permainan politik untuk meraih undi Bukan Bumiputera". Tanah Simpanan Melayu ataupun Tanah Rizab Melayu pun dah jarang kita dengar sekarang ni. Infact, diskaun Bumiputera pun telah dihapuskan di kawasan bandar-bandar yang membangun. Kedudukan istimewa Orang Melayu juga kian tercabar. Apabila ada pihak yang ingin memasukkan kuota untuk Cina dan India di UiTM, dan menambah kuota Cina dan India di MRSM. Kedaulatan Raja - Raja Melayu juga kian luntur apabila ada pemimpin tertinggi di sesebuah negeri enggan menerima keputusan yang telah di buat oleh Sultan Negeri. Ini semua bukti, bahawa kedudukan Orang Melayu semakin terancam, begitu juga dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan raja-raja.
Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.
Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid, atau sebuah mimbar.
Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa ; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.
Pecerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. 
- titah Raja Dr. Nazrin Shah - 
Demikianlah petikan yang dapat aku kongsi dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2011. Hasil tulisan ini bukan untuk berpihak kepada mana-mana pihak lantas menuding jari pada sesiapa. Ini adalah luahan isi hati aku. Sebab aku sayangkan negara Malaysia yang aman damai ini, dan aku mahukan hak keistimewaan Orang Melayu terus kekal di samping Agama Islam masih kekal sebagai agama rasmi yang dapat membantu kita dalam membuat keputusan. Jangan pula kita berkata bahawa Raja yang memberi titah ini pro-BN atau pro-UMNO. Ini adalah luahan dari seorang Raja Melayu dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Harap semua sedia buka minda dan membuat penilaian yang tepat. Aku tak sanggup lihat bangsa Melayu dijatuhkan dan menjadi hamba kepada orang yang mementingkan diri sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...