21 Disember 2012
Jumaat - Hari ini mungkin adalah hari yang penting bagi beberapa kawan-kawan aku. Ada yang bakal menamatkan zaman bujang pada hari ini, dan ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh ini.
Memula aku nak ucapkan congratz kat coursemate a.k.a. ofismate a.k.a. besfwen aku , Muni yang bakal menamatkan zaman bujang dan seterusnya bergelar seorang isteri pada hari ini. Akhirnya selepas beberapa tahun kenal sejak dari diploma sampai sekarang, kisah cinta diorang bakal beralih kepada alam perkahwinan. Aku doakan diorang berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Seterusnya aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun kepada yang menyambut hari kelahiran pada hari ini. Ada 3 orang yang sambut birthday hari ni, Cik L, Encik M.k.a, last but not least Hairul. Semoga tahun ni dan tahun yang mendatang adalah tahun yang terbaik untuk anda bertiga.
21.12.2012 - korang aware tak ramai yang membuat ramalan pada hari ini akan berlaku kiamat, tambahan pulak hari ini adalah hari Jumaat dan kiamat memang dibayangkan akan berlaku pada hari Jumaat, cuma kita sebagai manusia memang tak tahu bila ia akan berlaku. Ada gak yang suruh wat loan banyak-banyak tahun ni, sebab dunia dah nak kiamat, so, kalau dunia kiamat tak payah la bayar loan.haha..nonsense. Okla, saya tak nak komen lebih-lebih tentang dunia kiamat semua ni. Pengakhiran dunia adalah di tangan Allah, dan tiada sesiapa pun yang akan tahu bila dunia akan berakhir.
Pada hari Jumaat yang mulia dan banyak erti ni, saya nak menyusun sepuluh jari andainya ada tersilap kata, terkasar bahasa dan kesalahan-kesalahan lain yang telah dilakukan secara tidak sengaja pada anda semua dan juga pada Cik L. Aku tau aku banyak salah pada dia, infact aku adalah seorang penipu besar pada dia. Baiklah, apa pun tanggapan dia pada aku, apa pun kesalahan aku pada Cik L, aku harap dia boleh memaafkan segala kesilapan aku. (takut gak kot2 umur aku tak panjang ke, and tak sempat lak nak mintak maaf pada dia) Aku pun dah terima balik balasan atas segala kesalahan aku dulu.
Eh..?? minggu depan aku last keje. Kena siapkan report hari ni gak..!! See ya.!!
No comments:
Post a Comment