Assalamualaikum and hello readers. Masih lagi di dalam bulan Ramadan dan malam Lailatul Qadar akan tiba tidak lama saja lagi. So, macam mana dengan amalan di bulan puasa ni.? Pegi terawih tak.? korang mengaji tak.? Or join tadarus ke.? kalau ada Alhamdulillah.. Kalau belum mula lagi, masih belum terlambat untuk mulakan. 10 malam terakhir Ramadan ni lebih baik kalau dibanyakkan amal ibadat.
Okla.Enough cter pasal bulan puasa. Actually aku memang cukup tak tahan dengan bau badan orang yang hangit + tengik + hapak dan sewaktu dengannya. Bukan apa, bau badan ni memberi expectation pada orang sekeliling yang anda adalah seorang yang tidak menjaga penampilan diri, anda seorang yang pengotor, anda seorang yang busuk dan anda seorang yang tidak terurus. Zaman sekarang ni macam-macam ada jual. Perfume, ubat ketiak, deodorant. Deodorant tu berlambak2 jual kat farmasi, kedai runcit, pasaraya, dengan pelbagai jenama dan spesifikasi. Apa salahnya guna sedikit duit untuk beli deodorant bagi menambah keyakinan diri anda. Ingat! kalau anda mempunyai masalah bau badan, orang sekeliling anda akan menjauhkan diri dari anda.
Masalah bau badan ni juga berpunca daripada pemakanan anda. Contohnya kalau terlalu banyak mengambil bawang putih, badan anda mungkin akan 'sedikit' berbau. so, please.. ambil inisiatif pakai deodorant ke. Jangan la seksa orang sekeliling anda dengan bau anda yang hapak + tengik + hangit tu. Penampilan diri juga harus di jaga. Jangan nak pentingkan diri sendiri je okay.? Tak salah rasa nya kalau hari raya nanti kita tampilkan diri yang wangi dan bersih. Atleast kalau beraya sampai petang pun, badan tak berbau tengik kan.?
Akhir kata dari saya, tingkatkan keyakinan diri, buang bau hangit di badan, dan tampil lebih bergaya di hari raya.
See ya.
No comments:
Post a Comment