Monday, April 30, 2012

words by words



kesian..
oh, apakah perkataan itu,
semakin aku tidak mengerti.

kesian,
seribu makna tersirat,
dan memerlukan beribu pengorbanan

di sebalik erti sebuah perkataan,
pelbagai tafsiran boleh terungkai..
dan kesian itu,
adalah suatu perasaan yang hadir,
tanpa boleh di halang,

mengapa perlu kesian,
mengapa perlu bertahan kerana kesian,
jangan menyeksa diri kerana kesian,
kerna ia akan memakan diri,

tiada kata yang mampu terucap,
hanya sebuah pandangan mata yang sepi,
ohh, kesian..
tidak perlu kesian,
berlalu saja dengan senyuman,
kerna ia permulaan bagi satu kehidupan.

 

Tuesday, April 24, 2012

Friday, April 20, 2012

Hello.. Hello..


Assalamualaikum and Salam Sejahtera. Actually aku nak share something dengan korang. Ok, citer dia camni.. Petang tadi dalam kul 4 lebih aku ada dapat call daripada nombor nih - 03-27818181. Then dia perkenalkan diri sebagai staf daripada Air Asia and bagitau yang Air Asia telah membuat one type of compliment kepada customer Air Asia.
Staff : Hello. Boleh saya bercakap dengan cik Nadia.
NM : ya. saya bercakap.
Staff : Hello cik Nadia, saya call daripada Air Asia dan ingin memberitahu yang pihak kami ada membuat sejenis penghargaan kepada pelanggan kami. Saya difahamkan cik nadia pernah membuat transaksi online di website Air Asia untuk membeli tiket penerbangan. Betul kan.?
NM : Ya. betul. Then.?
Staff : Oleh itu, pihak kami dengan kerjasama AIA insurans telah berbesar hati untuk memberi cik nadia insurans kemalangan percuma selama 30 hari dan jika ada apa-apa kemalangan berlaku dalam tempoh berkenaan, pihak AIA insurans akan membayar 30K secara lumpsum.
NM : Owh. Yeke..
Staff : Boleh saya mintak nama penuh cik nadia.?
NM : Nama saya Nadia M***.
Staff : Ok. Boleh saya mintak alamat surat menyurat untuk pihak kami hantar certificate insurans AIA kepada cik.
NM: Alamat saya.? Owh.. alamat saya seperti apa yang terdapat dalam sistem anda. Sure Air Asia bleh check details loyal customer dia kan.?
Staff : Oh, Tidak. Prosedur kami, kami hanya akan dapatkan alamat semula pada cik.
NM : Ok. (aku pun sebut alamat umah sewa kt shah alam dlu laju2.saje nak test either dia ade details aku ke tak. haha.. terkulat2 dia salin alamat aku)
Staff : Baiklah cik nadia, seterusnya boleh saya dapatkan no ic cik.?
NM : No ic saya.? Ok, tapi apa yang boleh u buktikan yang u betul2 staff daripada Air Asia.?
Staff : Pihak kami ada menghantar emel kepada cik nadia sebelum saya buat panggilan ini.
NM : hantar emel ye.. kejap2.. saya nak check..Kejap ye..... Eh, mana ada Air Asia hantar emel berhubung perkara ni. Saya dah check, memang xde.
Staff : (die dah mule gelabah) tapi sebelum kami buat panggilan ni, memang pihak kami ada hantar emel terlebih dahulu. ataupun cik nadia boleh tengok di website kami. Mungkin juga check pada emel cik nadia yang lain-lain.
NM : (emel aku yang lain2 ye.. kepala hot** ko.. aku register kt Air Asia 1 emel je.xkan la Air Asia leh tau emel aku yang lain.) Ok. saya dah tengok di website air asia, memang xde pun berkenaan insurans certificate yg u cakap ni.
Staff : Emm.. Boleh saya dapatkan no ic cik nadia.? (suara die dah cuak giler)
NM : Maaflah ye. Saya tak berminat utk insurans certificate 30 hari yang u nak bagi free ni. Terima Kasih.
--Letak--
Huh..Lepas je aku letak phone, terus aku search nombor tu kt google. Then aku try call balik nombor tu gune no.phone lain. - " Sorry. u have key in an invalid number " tettt.... ( owh. nombor apakah ini )
Memang dasar scammers tul. Dahla yang call tu pompuan melayu. Aiseh. Wat malu kaum wanita and org melayu je dia nih. Pekerjaan menipu orang je. Memang nasib dia kurang baiklah nak menipu time aku tengah mengadap PC. aku search semua details yang dia bagi time tu jugak. Okla. nasihat aku kepada pengguna Air Asia, kalau ada orang camni call, tak payah layan. Biarlah dia nak kata korang tolak rezeki ke hape. Sebab dalam dunia sekarang ni memang ramai penipu. nak cepat kaya dengan menipu orang. Nauzubillah.
Nasihat aku untuk ingatan semua. See ya...


Sunnah Memotong Kuku

 
 
Salam. Heylo readers. Hari ni sihat tak.? Kuku dah potong.? 
Saje nak share dengan semua yang hari jumaat ni adalah hari yang elok untuk kita potong kuku. Kalau anda sedar, setiap hari ada hikmah nya disebalik perbuatan kita memotong kuku. Memule dulu aku tibai je nak potong kuku hari ape pun. But since aku kene gastrik yang teruk awal tahun ni, aku mule menitik beratkan bende-bende yang kecik, sampai la part potong kuku. Mesti korang tertanya-tanya kan, "Eh, ape kene mengena potong kuku dengan sakit.?" hehe..tula..hikmah disebalik hari potong kuku ni, kalau kita potong kuku pada hari yang berkenaan, ianya akan mendatangkan mudarat pada kita. Baca kat bawah ni kalau nak tau hikmah disebalik hari memotong kuku.

Hari memotong kuku dan hikmahnya.
  1. Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  2. Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan
  3. Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat
  4. Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit.
  5. Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  6. Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  7. Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT
Ok. Selain daripada itu, potong kuku juga dapat menghindar kita daripada penyakit, kerana kalau dibiarkan panjang, kotoran dan najis akan melekat padanya. Sunat memotong kuku bermula daripada jari telunjuk tangan kanan hingga ke jari kelingking, kemudian tangan kiri daripada kelingking hingga ibu jari. ( Tengok gambar bawah untuk lebih pemahaman) Potong kuku gune pengetip kuku ye. Jangan guna gigi plak sebab nanti boleh mewarisi penyakit kusta. Lepas potong kuku tu, cepat-cepatla basuh dengan air bersih. Supaya kebersihan kuku lebih terjaga.


 

Okla. Salam Jumaat.. See Ya.. ( hmm...nak ke mana ye tengahari ni. rehat lama hari ni.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...