Tuesday, April 26, 2011

aku kena tanggung kerja.?

erk..sebelum aku meneruskan entry ni, aku harap sape2 yang seangkatan dengan aku xyah r panjang kn mende ni sampai kt kementerian. cume aku terkejut. tetibe je aku diarahkan untuk tanggung kerja kerani kat pejabat Ketua Pengarah. argghhh.. motip..?? aku ni kontrak je kot. adoi..ni dh multitasking namenye. aku kne wt kerja hakiki and at the same time kene tanggung kerja orang lain plak..?? dhla setiap hujung bulan kne anta report kat kementerian. ape aku nk tulis tugas aku nanti.? takkan nk tulis aku menanggung kerja kot..

mode: *bengong*

mampukah aku bertahan.?

berapa lama mampu aku bertahan..?
selamanya atau seketika..?
argghh..dh 16 jam ni.. ish..relex2..cool je..

Thursday, April 21, 2011

seribu warna

colours..! haha.. aku tertarik untuk post sumthing about colours.hidup kita ni dicorakkan dengan pelbagai warna. semalam, aku berkesempatan untuk berbual dengan sorang member lame. bila mendengarkan kisah hidupnya, lantas aku terpikir. yang hidup kita ni memang indah. penuh warna warni. ada kalanya warna yang terang menyinari hidup kita. adakala nya warna yang suram menyelubungi.
pada aku, selama 2 tahun ni hidup aku hanya berwarna hitam. gelap dan tiada seri. and aku jgak jadi seorang yang amat gemar memakai warna hitam. sebab hitam ni senang nak match. and yang paling penting, aku ade sebab aku sendiri kenapa aku suke warna hitam. sekarang, hidup aku tidak lagi diselubungi dengan warna hitam. aku pon dah bosan dengan warna hitam. tapi aku beralih minat pula pada warna yang kusam or dull. haha..pelik. tapi aku yakin, setiap perubahan aku pasti mempunyai makna disebalik nya.
hampir 2 jam aku berbual dengan kawan lama semalam, dan banyak cerita yang dikongsi bersama. kini, kehidupan selepas tamat belajar adalah kehidupan yang sebenar. kehidupan yang lebih mencabar. dan di fasa inilah kita akan berdepan dengan berbagai permasalahan, konflik, gangguan emosi, kecelaruan dan sebagainya. aku pasti semua orang merasa cabaran dunia sebenar. tiada lagi aktiviti gila2 masa zaman study, lepak2, ponteng kelas. mase tu sume nye terase sangat best. and yes.! aku rindukan zaman study kt shah alam dlu. ape pun, life aku sekarang ni memang sangat bosan.. arghh..!! aku nk carik keje lain..!

Wednesday, April 20, 2011

perjalanan..

Aku duduk dan terdiam sendiri.tiada apa yang mampu aku ucapkan. aku tidak berdaya untuk membantu. tapi aku hanya mampu melihat semua yang berlaku. aku hanya mampu menyaksikan liku perjalanan seorang insan. mengapa harus terjadi begini.? Kenapa ini jalan penyelesaian nya..? walaupun bukan aku yang melalui detik ini, tapi aku agak terkilan. kerana sebuah kisah berakhirnya dengan begini. Bagaimana harus aku membantu.? aku tidak tahu untuk meleraikan sengketa. dan aku tidak mahu campur tangan di dalam urusan orang lain. Maaf.. Bukan aku tidak perasan. Bukan juga tidak berperasaan. tapi siapalah aku. untuk membantu mereka. aku hanyalah si adik yang masih di anggap kecil. Andainya aku masih sepi dan terus membisu. itu bukan bermakna aku sudah melupakan. cuma aku tidak tahu memainkan watak dan peranan ku di dalam kisah ini. aku berharap masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...