Wednesday, January 15, 2014

Wei Yi- Wang lee hom


Hello readers.!!
Selamat tahun baru untuk semua. dan ini ialah lagu pembuka untuk tahun 2014 dalam entry blog kali ini.
Ini adalah lagu nyanyian Wang Lee Hom bertajuk Wei Yi. Lagu ni aku belajar masa Mandarin class kat Uitm. Lecturer tu bagi lirik lagu ni, dan dia pasangkan lagu ni dalam kelas. Translation bagi lagu ni leh dapat kat cik google. Enjoy listening.!


Wednesday, January 1, 2014

Selamat tinggal 2013, selamat datang 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah tahun 2013 sudah pun melabuhkan tirai. Tahun 2013 ini merupakan tahun yang kelam untuk aku. Ada kisah suka dan duka, tetapi hidup aku sedikit terganggu mungkin dek kerana kisah hidup lalu yang masih berbekas.

Pada akhir tahun ini, tiada lagi pertanyaan samada kontrak akan disambung atau tidak. Tiada lagi kerisauan dan kegusaran. Aku kini sudah hampir 10 bulan bertugas di dalam industri kreatif. Alhamdulillah, banyak yang aku belajar disini. Belajar untuk berkomunikasi dengan ramai orang, memperkukuhkan PR skill dan banyak berjumpa orang yang pelbagai karakter. Aku bersyukur, sebab cara berkomunikasi aku belajar dari seorang yang pernah hadir dalam hidup aku dulu.

Bak kata pepatah, Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Ya.! memang fitrah kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan akhirnya Allah yang menentukan jalan seterusnya. Aku bertemu dengan seorang insan pada awal tahun dan akhirnya perkenalan itu hanyalah seketika. Tiada kata sesalan lagi dari aku, mungkin hati aku hanya untuk insan yang terpilih. Wahh...!!

Jodoh itu adalah ketentuan Ilahi, dan kita sebagai manusia, tak pernah tahu pun setiap rancangan yang Allah telah tentukan. Syukur, pada Oktober 2013, seorang sahabat baik dan adik bagi aku telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan beliau. Tahniah kepada Pajina dan Shahril. Aku harap korang kekal sehingga hujung nyawa.

Penghujung tahun 2013, seorang lagi sahabat aku telah masuk kepada fasa hidup yang baru. Teman yang sangat rapat dengan aku, teman yang selalu ada kalau aku susah dan teman tangis dan tawa. Rasa yang berbaur bila dapat tahu dia akan kahwin. Dan mungkin sebab dia adalah sahabat terbaik aku. Selamat menempuh alam perkahwinan untuk Ayong dan Alfitri. Sorry ayong, aku terlambat nak post pasal wedding kau kat dalam blog ni. Anyway, aku doakan yang terbaik untuk korang.

Penutup tahun 2013, aku menyaksikan seorang lagi insan yang akan pergi meninggalkan ofis. Hampir setiap tahun, aku akan meninggalkan ofis, tetapi pada tahun ini, aku sendiri merasa pemergian insan lain. All the best untuk En. Rosdi. Semoga menjadi lawyer yang terbaik di Sarawak nanti.

Selamat menyambut tahun 2014 untuk semua yang membaca. Semoga tahun 2014 akan memberikan seribu satu warna buat semua dan semoga ianya memberi lebih makna. Insyaallah.

GSB - Bukit Tinggi 

GSB - Penang 


GSB frens - Kundasang

GSB frens-Kundasang

GSB - I city

JWN's trip - Kundasang

JWN's trip - Kundasang

JWN's trip - Kundasang

My lovely Fathia Aliya Mohd Fathullah

Cousin's Day out

After 10 years reunion

Lina's wedding

Muniratul Fairuz's wedding


..Special announcement day out.?..

Ayong E-day

GSB - Langkawi

Pajina's Wedding day

"...Laut Lebih Indah Dari Bulan.!!... "

Ayong's Wedding day







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...