Showing posts with label lagu klmj. Show all posts
Showing posts with label lagu klmj. Show all posts

Friday, January 11, 2013

Suatu Hari Nanti

Hello readers.! actually, malam ni mata aku tak ngantuk sangat and terus on laptop untuk melayari dunia maya. Kepala aku ligat berfikir untuk gantikan lagu dalam blog ni. Sambil aku search lagu, tiba-tiba ternampak pulak tajuk lagu ni, nyanyian oleh Keroz Nazri. Oh,! aku sendiri pun kurang kenal dengan penyanyi lagu ni. Mungkin dia kurang publisiti, tapi apa yang aku tau, lagu ni adalah ost dari filem Azura 2012. Ala, citer yang Shahz Jaszle and Neelofa sebagai watak utama tu. Okla. As usual, lagu ni ada kenangan pada aku. "Someone" pernah sms aku lirik lagu ni and ofcos la, aku touching kan.? Then "someone" tu suh aku dengar lagu ni. Yup, hati aku terus sejuk lepas dapat sms lirik lagu ni and dengar sendiri lagu yang dimaksudkan tu. And ntah kenapa, malam ni jari aku gedik pergi klik plak lagu ni.! Oh.! Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.! Mula la aku rasa cam ada butterfly in my stomach, sakit kepala, pening, nak muntah and segala macam sakit la yang aku rasa. Mengada tul badan aku ni. Takleh jiwa kacau skit, terus macam2 rasa sakit datang. Pada sape2 yang tak pernah dengar lagu ni, korang try r klik play pada video bawah ni untuk dengar. Lagunya agak slow, tapi ada seribu satu kenangan bagi aku. Walau apa pun yang telah terjadi, aku harapkan yang terbaik untuk "someone" yang pernah tujukan lagu ni pada aku suatu masa dulu.




Tuesday, January 8, 2013

Oh..! Nasyid..

Hello readers.! Entry kali ni aku nak korang semua dengar lagu nasyid kat bawah ni. Actually, last week aku teman ayong gi melaka and suddenly masa dalam kete, terdengar lak lagu ni kat radio Hot FM. Aku pun tersenyum sendiri sebab teringat kisah lagu ni masa Form 5. Tiba-tiba Ayong cakap :-
"nad, ko ingat tak lagu nih. Lagu nasyid kita dulu."
- " ofcos la aku ingat. Sebab tu aku tersengih sendiri ni..haha"
Mase Form 5, kat sekolah ada wat pertandingan nasyid. So, ktorg pun saja la nak join and menyibuk2. Kalau aku tak silap, kitorg nyanyi lagu kat bawah ni and lagu Peristiwa Subuh-Raihan. Yang join grup nasyid ni, aku, ayong, maktam, kakcik, efie, meow and wanneeza (kalau ada yang aku terlupa tu, sori sangat2 ye.) Alhamdulillah, grup ktorg dapat nombor 1. tapi sayang nya tak dapat nak jadi wakil sekolah utk pertandingan seterusnya sebab cikgu tak bagi. Suh fokus utk SPM katanya. Okla. please enjoy the song and See Ya.!



Tuesday, December 11, 2012

Janji itu Maniskah.?



Oh.! hello readers.. Pernah tak korang dengar lagu nih.? Janji Manismu nyanyian Aishah. Bagi aku lagu ni tersangat la mengganggu emosi. Kalau terdengar lagu nih, memang terasa cam menusuk sampai ke jantung. (Oh! Drama sungguh) tapi, betul ar, lagu ni ade kenangan and still terasa lagi sampai hari nih. Sebenarnya lagu ni Ex-bf si E@A tu pernah dedicate lagu ni. Mase tu kitorang memang tengah bergaduh sakan. and tetiba masa tengah bergaduh tu, dia suh dengar Radio Era sebab dia dedicate lagu tu. Dengan pantas aku pun cepat2 On radio and dengar Era. Pergghh.. Lagu Janji Manismu.. (masa tu tengah gaduh. so setiap bait-bait lirik tu aku dengar dengan teliti. Menghayati tau.! ) Teringat lagi, malam bergaduh tu aku berulang alik ke public phone utk call si E@A ni.. Ahahaha.. Kenangan zaman study yang susah aku nak lupa. Walau apa pun yang dah terjadi dulu, aku harapkan yang terbaik utk si E@A. Tiada dendam pada dia dan aku harap dia jumpa orang lain yang lebih baik. Okla.. Enjoy jap lagu Aishah ni k.. See ya.. :)

Monday, November 26, 2012

Monday Blues (2)

 

Pernah tak korang dengar lagu nih.? siyesly, aku dulu pun tak dengar lagu-lagu mendayu camni. Tapi, lagu ni ade sentimental value pada aku. Alkisahnye, masa study degree dulu, ada sorang housemate aku ni nak karok kt satu kedai makan area shah alam. Then, abg kedai makan tu request kt housemate aku untuk nyanyi lagu nih. Maka, lagu ni dah jadi lagu fevret housemate ktorg a.k.a Malissa. Everytime kalau pergi karok, sure die akan nyanyi lagu nih. Sedap weih suara Malissa. Ish.. Rindu la nak pergi karok dengan geng2 orange house, Aida, Pajina, Cha, Pzah, Fida and yang lain2. Okla.. Layan lagu ni kejap ye.. huhu.. 

Monday, November 19, 2012

Monday Blues..




Hello readers.. well, biasalah. Hari Isnin adalah hari malas sedunia untuk bekerja. So, aku pun sesajer search lagu KLMJ mase zaman sekolah dulu. Kali ni adalah lagu dari Westlife. First lagu dari westlife yang menjadi favorite aku. Lagu Swear It Again. Mase ni aku Form 1 and selalu dok nyanyi2 lagu nih.. wahh... Rindu nye zaman sekolah dulu..

Saturday, September 29, 2012

Kay Ell Emm Jay..

Hello readers.! Pernah dengar x terms KLMJ..? maksud die Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.. Wahh.. Hari sabtu yang bosan ni, tengah aku wat keje, tiba2 lak system error.. Oh.! Damn.! takleh nak wt keje kalau cmni.. Okla, aku bukak youtube and play video. Suddenly lak terpikir lagu ni, yang tersangat la mengusik kenangan bg aku.. Haha.. Lagu This I Promise You - by N'Sync. Yup.! Lagu ni kenangan masa study degree kt Uitm dulu.. Uwarghhh...Rindu giler suasana dulu, Orange House, Seksyen 2, lepak2 extreme park, joging kat tasik and macam2 lagi r.. Okla.. Enjoy lagu KLMJ aku.. This I Promise You. :D
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...