Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalamualaikum semua,
Hari ini adalah hari terakhir berpuasa untuk tahun ni,
Alhamdulillah,
Ramadhan ini telah berjaya aku lalui,

Seperti setiap tahun,
Aku masih lagi bekerja di hari terakhir ramadan,
dan aku hanya berharap syawal tahun ni membawa makna yang lain dari tahun lepas,

Sebelum terlambat,
Saya ingin menyusun sepuluh jari
sekiranya ada salah silap sepanjang tempoh ini,
halalkan segala makan minum saya juga,

Selamat hari raya juga aku ucapkan kepada insan yang pernah menjadi warna di dalam hidup aku dulu. maafkan segala kesilapan dan kekhilafan aku sepanjang kita kenal.

Semoga raya tahun ini membawa seribu cahaya kepada semua.

Assalamualaikum dari saya, Nadia Musa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...