Apakah erti sebuah kesyukuran.? menerima dengan redha dan pasrah ke.? Emm.. Aku bukan nak bercerita bak Ustazah or berhujah bak Ustaz Don apatah lagi untuk berlawak bak Ustaz Azhar Idrus. Aku hanyalah insan biasa dan aku belajar untuk bersyukur.
Hidup aku bukan lah senang seperti insan lain dan tidak lah sebahagia seperti insan lain. Mungkin pada yang mengenali ku, mesti terdetik di hati mereka, "bertuah lah hidup ko, tak payah nak pikir pape." Apa yang aku mampu hanyalah tersenyum tatkala mereka berkata begitu, kerna aku hanyalah insan biasa yang punya kekurangan dan kelebihan. Aku punya kelebihan yang mereka nampak pada mata kasar, tapi mungkin mereka kurang jelas pada kekurangan yang ada pada aku. Tapi hati aku pula berkata " Mereka lagi bertuah dari aku, masih punya ibu bapa untuk berkongsi suka dan duka, untuk membantu jika ada kesusahan". Arghh..memang lumrah manusia begitu.
Pernah suatu ketika ada seorang insan bercerita pada aku. Perihal kehidupan nya, yang sudah bekerja tetap dan mempunyai beberapa masalah kewangan. Telah diberikan bonus dan kenaikan gaji, tetapi masih mahu membandingkan dengan insan lain. Punyai beban kerja yang sederhana, dan masih mengomel tentang tanggungjawabnya. Telah diberikan kemudahan bekerja, tetapi masih mengadu semuanya tidak cukup. Masih mempunyai kedua ibu bapa dan kerap berselisih faham dengan mereka. Aiihh.. Apalah dunia. Mengapa mereka susah untuk bersyukur dengan semua yang telah Allah kurniakan. Mengapa sukar untuk berlapang dada menerima rezeki yang telah ditetapkan. Mengapa masih mahu membandingkan dengan insan lain.?
Kadang-kadang, aku berasa agak rendah diri, kerana aku sudah tidak punya sesiapa, aku hanyalah seorang anak yatim piatu. Tetapi, aku cuba untuk bersyukur, menerima semua yang telah tertulis dan selalu berfikiran positif yang semua ini terjadi pasti ada hikmah nya. Aku bukanlah seorang yang bergaji besar. Aku bukanlah seorang yang diberi kemudahan kerja yang banyak.Aku tidak boleh mengadu pada ibu jika aku sedang bersedih. Aku tidak boleh meminta pertolongan abah jika kereta ku rosak. Aku juga tidak boleh mengharapkan pada adik beradik ku untuk membantu jika aku susah. Aku kena bersendiri, belajar untuk hidup berdikari.
Jika hari ini kita diuji, ingatlah masih ramai lagi diluar sana menghadapi ujian lebih hebat. Jika hari ini kita kesempitan, beringatlah masih ramai lagi yang lebih susah. Jika kita diuji dengan kesakitan, beringatlah ada ramai lagi yang sedang bertarung dengan keperitan. Jika kita sedang di dalam kesulitan, beringatlah masih ada yang mengalami kesulitan yang dalam. Jika hari ini kita berlapar, beringatlah masih ada yang menahan kelaparan berhari-hari. Kadang-kadang, dalam kita mengenang hidup kita yang sentiasa diuji, kita jangan lupa masih ada insan yang mengalami lagi teruk dari yang kita alami. Bertadah tangan lah, dan bersyukur atas semua kurniaan Allah. Bersyukur dengan udara yang kita hirup, bersyukur dengan cuaca yang kita ada, bersyukur dengan pekerjaan yang dikurnia, bersyukur dengan kenderaan yang banyak membantu, bersyukur dengan tempat berlindung yang telah ada, bersyukur dengan insan sekeliling yang sentiasa ada, bersyukur dengan keluarga yang telah dianugerahkan, bersyukur untuk semua yang kita ada. Berdoa dan memohon pada Allah untuk kehidupan yang lebih baik dan jangan lah selalu merungut akan kesulitan hidup. Tiada siapa manusia yang hidup tanpa kerunsingan dan tiada manusia yang hidup runsing tanpa kebahagiaan.
Mohon maaf jika ada yang terasa dengan penulisan aku. Aku hanyalah insan biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Jom layan lagu ni pulak.
No comments:
Post a Comment