Monday, August 26, 2013

Celik Mata, Terbuka Hati

Pernahkah anda semua sedar, bahawa umur kita semakin lama semakin meningkat.? (Eh.? Soalan apakah yang aku tanya ni) Umur aku juga semakin meningkat dan tanpa aku sedar, lagi 3 tahun, aku akan masuk fasa 3 series. Tapi apa yang telah aku capai selama ini.? Hmm.. susah nak jawab. Kehidupan aku yang bermacam cerita, berwarna warni, kadang kelam dan kadang putih suci.

Tiba-tiba aku menyedari yang kebanyakan orang yang aku kenal telah pun berumah tangga dan mempunyai anak. Selama ini bukan aku tak fikirkan soal ini, tapi malas nak ambil berat sangat dan bagi aku, jika jodoh berpanjangan, pasti ada jodoh. Bagi aku, aku masih belum menemui Mr. Right aku or so call My Jodoh.
Baiklah, berbalik kepada cerita ramai orang di sekeliling aku yang telah berumah tangga. Mula terasa bila seorang demi seorang yang pernah aku date sebelum ini, sudah pun berkahwin, including three of my ex. Bila di hitung semula, dalam 8 orang yang sudah berumah tangga. Please dont misjudge me, i am not a so call player or playgirl. I am just in a process getting to know them. tapi mungkin mereka bukan jodohku, dan aku terpaksa melupakan. Tapi bila aku fikirkan balik angka 8 tu, rasa cam nak tergelak pun ada. Wooaaa.. bleh tahan banyak gak orang-orang yang pernah ter-sangkut dengan aku. haha. tapi aku nak tegaskan, aku bukan player yer. dah orang nak kenal, kita kenal je la kan. tup2 diorang lak frust, dok berharap sangat pada hubungan yang tak pasti

Sebenarnya dalam perjalanan kehidupan aku, terlalu banyak yang aku pernah lalui dan terlalu banyak kesilapan yang pernah aku lakukan. Mungkin, ini karma pada aku kerana terlalu banyak memberi harapan pada insan lain suatu masa dahulu. Tipulah, kalau hati aku tak terganggu melihat mereka bahagia. Tapi sekurang-kurangnya, aku tahu aku bukanlah jodoh yang terbaik utk mereka.

Sila layan lagu ni kejap. dulu 'warna' pernah bagitau aku, dia akan dengar lagu ni kalau tengah bergaduh dengan aku. dan kebetulan, one of my ex post kat fb, dia mendendangkan lagu ni dengan gitar. *kenanganlalumengusikjiwa* *klmj*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...