Assalamualaikum,
hari raya aidilfitri bakal menjelma,
Insyaallah 6 hari sahaja lagi,
tapi apakah saat yang paling bermakna di hari raya anda.?
Bagi aku, saat yang paling bermakna adalah di pagi raya. Tak sabar nak bangun di pagi raya, dan terus tersenyum sebab hari itu tak perlu lagi nak berpuasa. Bangun pagi, terus jengah makanan di dapur. Lantas hati berbisik,
''yeay..hari ni dah boleh makan waktu siang." Terus jamah apa-apa makanan yang diinginkan dengan hati yang girang.
Saat yang paling bermakna apabila tak sabar untuk mandi sunat raya dan berniat sebelum mula mandi. Terasa sungguh hari itu adalah hari yang gembira. Selesai mandi, terus mencapai baju raya yang telah siap ditempah. Tak sabar nak gosok baju raya dan tudung raya. Siap menggosok baju raya, terus mengenakan baju di badan.
"yeay..cantiknye baju ni.." Pakai wangi-wangian adalah suatu kemestian bila di pagi raya (lagi-lagi aku ni mmg suka sembur perfume dan rasa tak lengkap kalau takda bau perfume) Seterusnya, mekap cantik2 skit, pakai tudung, pin sane, pin sini, pakai aksesori, and Done.!
"I'm ready for beraya and well dressed with my Raya outfit "
Aktiviti seterusnya adalah solat sunat raya.tapi aku dah lama tak pergi solat sunat raya, since arwah umi meninggal. (Ntahla, mungkin semangat raya aku dah ditarik sedikit bila arwah umi pergi.) Then, sambil tunggu orang2 lelaki balik dari masjid, aku pun menjamah juadah raya. And semestinya juadah raya adalah, nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang dan favorite aku adalah kuah Lodeh. Selalu nya arwah abah yang masak kuah lodeh sebab dia tau anak-anak dia suka kuah lodeh. Marvellous kuah lodeh yang abah masak. Tapi sampai sekarang aku masih tak boleh nak masak sama macam arwah abah sediakan dulu.. (Sedih..)
Next, saat yang paling ditunggu-tunggu adalah saat untuk beraya. Bagi aku, terms
'Beraya' adalah bermaaf-maafan sesama insan. keluarga adalah orang pertama yang aku akan beraya dulu. Ni adalah saat yang paling mendebarkan and excited bagi aku. Yang tua akan duduk di atas kerusi. Di mulai dengan abah, kemudian mami akan duduk sebelah, kemudian along aku duduk, dan seterusnya alah pulak. Aku.? memang xkan dapat duduk atas kerusi la. sebab aku adik pompuan. Selalunya akan melutut depan arwah abah dan bermaafan dengan abah, and lepas tu dapat Duit Raya.hehe.. Suke2.! next, bersalaman dengan mami lak, ok..aku neves time nak salam dengan mami, abes kuar air mata adik pompuan ni mengalir sebab drama swasta dari mami. Then, dapat lagi duit raya.. Yeay.! dah ada 2.! kemudian, sengih2 dengan along. salam dengan dia plak. Mintak maaf sume, pastu, nah.! dapat lagi habuan. Duit Raya.! kemudian salam alah pulak, pastu dia pun hulur lagi duit raya..hehe.. Syoknye.
(mase tu dah tak sabar nak kira duit raya walaupun aku dah besar panjang) lepas abis bersalam dengan alah, turn adik2 aku pulak salam dengan aku.
(time ni la rasa yang aku ni adalah kakak) sengih2 adik aku yang 2 org tu salam, mintak maaf pun cam ala2 dengar tak dengar je.
"Arghh..x kisahlah..adik2 aku je. Nah.! amik duit raya dari awon pulak" (tetiba rasa cam aku dah besar, sebab dah bleh bagi duit raya kat adik2..)
Kemudian, aktiviti aku adalah menziarah kubur arwah umi. Masa pagi raya ni, terasa macam sangat seronok. Tengok kereta kiri kanan, sume pakai baju raya. Yang lelaki dengan baju melayu, yang perempuan dengan baju kurung, kebaya or lain2.
Emm..itulah saat-saat yang paling bermakna bagi aku bila menjelma raya. dan kini, raya aku dah tak rasa lagi semua tu. Abang2 pun macam nak tak nak balik rawang. Mami pulak dah kawen. Hmm...takde lagi 'beraye' di pagi raya. Rindu sangat saat2 itu. aku nak rase lagi saat itu. Tapi.... Sedihnye..
Okla..selamat membuat persiapan raya.
Assalamualaikum.