kebenaran adalah suatu kejutan,
yg bisa menyentak deria,
menghentikan nafas buat seketika,
kebenaran ini pahit,
kenyataan itu pedih,
kau hanya hadir seketika,
tapi cukup untuk mengusik jiwa,
kusangkakan kau sempurna,
yang bisa memberi cahaya,
tapi kesempurnaan itu menyiksa,
lantas meninggalkan luka,
umpama racun yg sungguh berbisa,
kau hebat bermain kata,
hingga aku terlena,
jatuhnya aku kerana dusta,
bangunnya aku kerana dia,
aku akan bangkit semula,
takkan ku biar kelemahan menguasai jiwa,
pergilah kau kepada dia,
mengadu lah kpd insan yang kau cinta,
minta kasihan jika dia punya deria.
No comments:
Post a Comment