Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, masih lagi di panjangkan usia sehingga tahun 2013. Bayangan kiamat yang akan berlaku pada 21 Disember 2012 pun hanyalah mitos semata. Tahun 2012 bukanlah tahun yang terbaik untuk aku. Terlalu banyak pahit, perit, masam, manis, dan tawar sehingga perisa dan perasa itu seperti lali bagi aku. Situasi yang melibatkan keluarga, peribadi, dan kerja banyak mengajar aku mejadi seorang yang lebih matang. Kejadian rumah dipecah masuk pencuri, pengajaran untuk belajar hidup bersendirian dan berdikari, pertemuan yang membawa seribu memori sebaik sahaja aku selesai menjawab peperiksaan PTD dan macam-macam lagi.
Sudah 3 hari tahun 2013 bermula. Dan hari ini adalah 3 Januari 2013, iaitu hari ke 3 aku bergelar "si penanam anggur". Permulaan tahun baru yang agak tenang bagi aku, walaupun sudah "berpencen". Hidup harus diteruskan walau apa pun yang terjadi dan aku percaya setiap hamba Allah telah ditentukan rezeki masing-masing. Aku masih berfikir positif dan meneruskan hidup dengan tenang sambil bermula dengan perlahan. Aku bermohon dan berdoa agar apa yang aku rancang dipermudahkan Allah. Aminn.
Well, harap tahun 2013 ni lebih baik untuk korang semua. See ya.!
No comments:
Post a Comment