Wednesday, January 30, 2013

Rahsia Bulan Kelahiran daripada Dr. Fadhilah Kamsah

Hello readers.! entry ni saje untuk suka2 and untuk merehatkan minda je. Setiap insan ada personaliti mereka yang tersendiri. dan kadang kala bulan kelahiran mereka sedikit sebanyak membawa pengaruh pada diri mereka. Cuba korang baca personaliti pada bulan kelahiran korang. Mungkin ada yang tepat dan ada yang kurang tepat. Sila baca. :)


JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan di didik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI

berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstract intelligent, bijak dan genius, berpersonaliti yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yg remeh temeh, suka berkawan otapi kurang mempamerkannya, sgt berani, bercita cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan utk merialisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sgt romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd beda tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar utk mempamerkan emosi.


MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kpd org lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kpd org lain, tidak cepat marah dan sgt amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sgt tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sgt tinggi, kelam kabut dlm memilih pasangan, suka dgn hiasan rumah tangga, punya bakat seni dlm bidang muzik, kecenderungan kpd benda yg istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


APRIL

sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sgt kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyanyang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sgt kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu.


MEI

kekarasan hati, degil, kuat semangat, bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain, menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleg org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi pemikiran tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemaham sistem pernafasan, suka sastera, seni & muzik, serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


JUN

berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @ mood idea yg terlalu byk dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai brkawan, org yg sgt tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nk sembuh apabila terluka hati, suka kpd barang yg berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa yg menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

sgt seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutama lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan org lain tp tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sgt menjaga hati org lain, sgt peramah, emosi sgt mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental jarang berdendam, mdah memaafkan, tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh temeh membimbing cara fizikal, dan ental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua org, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kwn lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kwn, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk,minta disayangi,mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu megambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS

suka berlawak,mudah tertawan kpdnya, sopan santun & caring terhadap org lain, berani & tidak tahu takut, agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego,nilai harga diri yg sgt tinggi, dahagakan pujian, semngat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sgt cemburu, daya pemerhtaian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis, hiburan  silat, sgt sensitif tapi tidak mudah merajuk, mudah ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER

sgt bersopan santun & bertolak ansur, sgt cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sgt cool, sgt baik & mudah simpati, sgt perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sgt sempurna, sgt sensitif, muka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn byk simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukkan perasaannya terluka, hatinya sgt lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas bersistematik.

OKTOBER

suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sgt menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, mcm pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sgt kuat (terutamanya perempuan) suka melancong, bidang sastera & semi pengasih, penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar,org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER

byk idea dlm perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik & bijak, penuh dgn idea2 baru yg luar biasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus & tinggi, bagus utk jd doktor, cermat & teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil & mencari rahsia, byk berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil & keras hati apabila hendak, Diusahakan sehingga berjaya, tak suka mrh kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap org lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sgt tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat & daya juang yg sgt tinggi, kasih sayang & emosi yg sgt mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih syg, suka duduk dirumah, sgt rajin dan berkemampuan tnggi, amanah, jujur, setia & pandai berahsia, tidak pandai mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal & mudah berubah-ubah.

DISEMBER

sgt setia & pemurah, bersifat patriotik, sgt aktif dlm permainan & pergaulan, sikap kurang sabar & tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi org yg berpengaruh dlm organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sgt jujur, amanah & bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yg berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yg sgt tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak & berfikiran dgn logik.




Tuesday, January 29, 2013

A man with no arms.




Hello readers.! how r u.? phew..lama x update stories dlm nih. Actually just nak share video ni utk korg sume. Someone telah recommend video ni pada aku, kata nya kisah hidup lelaki dalam video ni mungkin memberi inspirasi kepada kita semua supaya jangan mengalah. Kita semua dilahirkan sempurna tubuh badan, dan mengapa kita harus mudah mengalah.? Nick Vujicic telah dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan hanya ada kaki kecil pada tubuh beliau. Namun dia berjaya menjadi seorang yang berjaya pada hari ini. Mungkin aku dah terlambat untuk tau pasal video ni, tapi ia sangat berguna untuk aku share pada korang semua sebagai penguat semangat di saat kita hampir2 putus asa. Jom. Saksikan video singkat tentang kisah hidup Nick Vujicic. Hayati..!

Friday, January 11, 2013

Suatu Hari Nanti

Hello readers.! actually, malam ni mata aku tak ngantuk sangat and terus on laptop untuk melayari dunia maya. Kepala aku ligat berfikir untuk gantikan lagu dalam blog ni. Sambil aku search lagu, tiba-tiba ternampak pulak tajuk lagu ni, nyanyian oleh Keroz Nazri. Oh,! aku sendiri pun kurang kenal dengan penyanyi lagu ni. Mungkin dia kurang publisiti, tapi apa yang aku tau, lagu ni adalah ost dari filem Azura 2012. Ala, citer yang Shahz Jaszle and Neelofa sebagai watak utama tu. Okla. As usual, lagu ni ada kenangan pada aku. "Someone" pernah sms aku lirik lagu ni and ofcos la, aku touching kan.? Then "someone" tu suh aku dengar lagu ni. Yup, hati aku terus sejuk lepas dapat sms lirik lagu ni and dengar sendiri lagu yang dimaksudkan tu. And ntah kenapa, malam ni jari aku gedik pergi klik plak lagu ni.! Oh.! Kenangan Lalu Mengusik Jiwa.! Mula la aku rasa cam ada butterfly in my stomach, sakit kepala, pening, nak muntah and segala macam sakit la yang aku rasa. Mengada tul badan aku ni. Takleh jiwa kacau skit, terus macam2 rasa sakit datang. Pada sape2 yang tak pernah dengar lagu ni, korang try r klik play pada video bawah ni untuk dengar. Lagunya agak slow, tapi ada seribu satu kenangan bagi aku. Walau apa pun yang telah terjadi, aku harapkan yang terbaik untuk "someone" yang pernah tujukan lagu ni pada aku suatu masa dulu.




Tuesday, January 8, 2013

Oh..! Nasyid..

Hello readers.! Entry kali ni aku nak korang semua dengar lagu nasyid kat bawah ni. Actually, last week aku teman ayong gi melaka and suddenly masa dalam kete, terdengar lak lagu ni kat radio Hot FM. Aku pun tersenyum sendiri sebab teringat kisah lagu ni masa Form 5. Tiba-tiba Ayong cakap :-
"nad, ko ingat tak lagu nih. Lagu nasyid kita dulu."
- " ofcos la aku ingat. Sebab tu aku tersengih sendiri ni..haha"
Mase Form 5, kat sekolah ada wat pertandingan nasyid. So, ktorg pun saja la nak join and menyibuk2. Kalau aku tak silap, kitorg nyanyi lagu kat bawah ni and lagu Peristiwa Subuh-Raihan. Yang join grup nasyid ni, aku, ayong, maktam, kakcik, efie, meow and wanneeza (kalau ada yang aku terlupa tu, sori sangat2 ye.) Alhamdulillah, grup ktorg dapat nombor 1. tapi sayang nya tak dapat nak jadi wakil sekolah utk pertandingan seterusnya sebab cikgu tak bagi. Suh fokus utk SPM katanya. Okla. please enjoy the song and See Ya.!



Thursday, January 3, 2013

1st entry on 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, masih lagi di panjangkan usia sehingga tahun 2013. Bayangan kiamat yang akan berlaku pada 21 Disember 2012 pun hanyalah mitos semata. Tahun 2012 bukanlah tahun yang terbaik untuk aku. Terlalu banyak pahit, perit, masam, manis, dan tawar sehingga perisa dan perasa itu seperti lali bagi aku. Situasi yang melibatkan keluarga, peribadi, dan kerja banyak mengajar aku mejadi seorang yang lebih matang. Kejadian rumah dipecah masuk pencuri, pengajaran untuk belajar hidup bersendirian dan berdikari, pertemuan yang membawa seribu memori sebaik sahaja aku selesai menjawab peperiksaan PTD dan macam-macam lagi.

Sudah 3 hari tahun 2013 bermula. Dan hari ini adalah 3 Januari 2013, iaitu hari ke 3 aku bergelar "si penanam anggur". Permulaan tahun baru yang agak tenang bagi aku, walaupun sudah "berpencen". Hidup harus diteruskan walau apa pun yang terjadi dan aku percaya setiap hamba Allah telah ditentukan rezeki masing-masing. Aku masih berfikir positif dan meneruskan hidup dengan tenang sambil bermula dengan perlahan. Aku bermohon dan berdoa agar apa yang aku rancang dipermudahkan Allah. Aminn.

Well, harap tahun 2013 ni lebih baik untuk korang semua. See ya.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...