Tuesday, April 17, 2012

Sawang.. Serabut.. Sampah..

 


Salam sejahtera and salam 1 Malaysia. Wah... Lama jugak aku tak wt entry baru ni. Almaklum ar, terase malas giler nak menaip and mood untuk berblogging tu memang tiada. By the way, tahun 2012 ni, tiada perubahan yang besar dalam hidup aku, melainkan perubahan nombor pada umur. Ish..bile sebut pasal umur ni, sedar tak sedar, aku bukan lagi di awal 20-an. Dan pada usia begini, seharusnya kotak fikiran tu menjadi semakin matang, lantas tahu membezakan di antara yang baik dan buruk, betul dan salah.


Okla.Seperti apa yang kita semua tahu, Malaysia sekarang ni tengah panas dengan isu-isu politik dan juga kempen-kempen secara halus yang di lakukan oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang. Memandangkan PRU-13 bakal diadakan pada tahun ni, maka banyak la janji dan omong kosong yang di lontarkan oleh Pemimpin-peminpin di Malaysia ni. Antaranya, baru-baru ni kita mendengar satu lagi statement daripada mantan TPM Malaysia dulu, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji PTPTN akan dimansuhkan jika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.Lantaran daripada statement yang dikeluarkan oleh DSAI itu, maka hujung minggu lalu, telah diadakan satu perhimpunan untuk memansuhkan PTPTN dan mendapatkan "Free Education" yang diketuai oleh aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

 

Pada pendapat aku, perhimpunan ni sebenarnya hanya membuang masa para mahasiswa. Adalah lebih baik kalau diorg memberi fokus pada pengajian diorang. Study betul2, dapatkan Dean's List baru puas hati. Atleast duit pinjaman tu digunakan sepenuh nya hingga anda berjaya, bukannya digunakan untuk wat perhimpunan yang takde faedah ni. Serius..Ianya adalah membuang masa.! Sedarlah wahai mahasiswa, tak payah la korg sibuk nak berpolitik sini sana, bukannya dapat Anugerah Dekan pun kalau wat perhimpunan haram ni. Infact, Dekan korg pun malu ade student yang suke wat bende Lagho ni..Tak payah la nak menyusahkan diri konon nya untuk menuntut "Education Free" dan pemansuhan PTPTN.

Ya.! memang aku akui, PTPTN ni mengenakan kadar faedah yang agak tinggi.Kalau boleh hapuskan la kadar faedah tu sebab para graduan sekarang ni bukan mudah nak dapat kerja. Persaingan sangat tinggi. Pastu kena pikir untuk bayar pinjaman and faedah skali. Walawei..

okla. Tak nak komen panjang2 lagi. nanti ade plak yang cop aku ni Pro-Umno or Pro-BN lak.
See ya..

Tuesday, September 27, 2011

Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia


Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi tentang titah atau pun teks ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC semalam. Aku rasa titahnya adalah sebagai salah satu luahan rasa dari seorang Raja Melayu yang dukacita dengan senario politikdi Malaysia kini. Tuanku bersungguh-sungguh mengingatkan supaya jangan memperdagangkan agama Islam dan juga hak keistimewaan orang Melayu semata-mata untuk meraih sorak ataupun untuk memancing undi. Tuanku juga turut menegaskan tentang Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Aku share kat sini untuk tatapan semua especially mana yang lalai dengan permainan politik. 

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu:
  1. Islam sebagai agama Persekutuan
  2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan
  4. Kedudukan istimewa Orang Melayu dilindungi
  5. Melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain
  6. Kedaulatan Raja -Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin
Daripada Wasiat Raja-Raja Melayu tu, kita semua sedia maklum yang ada usaha untuk menjatuhkan Agama Islam sebagai agama Persekutuan, kononnye untuk bertindak lebih adil ataupun dengan kata lainnya "Permainan politik untuk meraih undi Bukan Bumiputera". Tanah Simpanan Melayu ataupun Tanah Rizab Melayu pun dah jarang kita dengar sekarang ni. Infact, diskaun Bumiputera pun telah dihapuskan di kawasan bandar-bandar yang membangun. Kedudukan istimewa Orang Melayu juga kian tercabar. Apabila ada pihak yang ingin memasukkan kuota untuk Cina dan India di UiTM, dan menambah kuota Cina dan India di MRSM. Kedaulatan Raja - Raja Melayu juga kian luntur apabila ada pemimpin tertinggi di sesebuah negeri enggan menerima keputusan yang telah di buat oleh Sultan Negeri. Ini semua bukti, bahawa kedudukan Orang Melayu semakin terancam, begitu juga dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan raja-raja.
Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.
Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid, atau sebuah mimbar.
Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa ; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.
Pecerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. 
- titah Raja Dr. Nazrin Shah - 
Demikianlah petikan yang dapat aku kongsi dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2011. Hasil tulisan ini bukan untuk berpihak kepada mana-mana pihak lantas menuding jari pada sesiapa. Ini adalah luahan isi hati aku. Sebab aku sayangkan negara Malaysia yang aman damai ini, dan aku mahukan hak keistimewaan Orang Melayu terus kekal di samping Agama Islam masih kekal sebagai agama rasmi yang dapat membantu kita dalam membuat keputusan. Jangan pula kita berkata bahawa Raja yang memberi titah ini pro-BN atau pro-UMNO. Ini adalah luahan dari seorang Raja Melayu dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Harap semua sedia buka minda dan membuat penilaian yang tepat. Aku tak sanggup lihat bangsa Melayu dijatuhkan dan menjadi hamba kepada orang yang mementingkan diri sendiri.



Tuesday, July 19, 2011

Jauh..

Jauh..

Dan semakin menjauh,

Aku hanya mampu berdiam,

Kerna tiada apa yang boleh ku lakukan,

Aku hanya bisa melihat,

Ia semakin menjauh,

Dan akhirnya hilang dari pandangan,

Semakin lama,

Ia semakin kabur,

Dan tanpa aku sedar,

Tiada lagi di hadapan ku,

Aku tidak mahu ia lenyap,

Tapi aku tidak tahu,

bagaimana lagi harus ku lakukan,

Supaya tidak lagi menjauh,

Tolong.....

Jangan menjauh lagi...


-nsnm

Monday, July 4, 2011

Masa.

Hari Sabtu yang lalu, aku cuba meluangkan masa untuk keluar bersama seorang teman universiti. Kami agak akrab di zaman study dulu. Diploma dan degree sekelas dengannya. Malah menyewa di rumah yang sama. Namun, kekangan kerja dan komitmen menyebabkan kami jarang berjumpa.

Banyak cerita yang di kongsi bersama. Ternyata tempoh 2 tahun selepas grad, menjadikan masing2 semakin berfikiran matang. Dan tanpa aku sedari, tiada lagi aktiviti 'flirting' yang dulunya menjadi hobi kami dikala zaman study. Tiada lagi 'eye contact' infact mata ktorg pun tak meliar usha lelaki comey or hensem lagi. Pada mulanya aku tidak sedar akan perubahan itu. Tapi kawan ini menegur.

"Aku sekarang ni macam dah kurang sangat nak cuci mata or even wat eye contact cam dulu. Klu jalan kt shopping mall tu, jalan straight je. Dah takde pandang2 org.."

- "Eh..? haahla. Aku pon perasan. Aku dah x wt eye contact lagi cm dulu. haha..ape dh jadi dgn kite ni..? "

Terdetik di hati ku, apakah ini disebabkan faktor usia.? 2 tahun yang lalu, dah selalu sangat 'flirting2 ni. haha.. Mungkin juga. Umur dah semakin meningkat. Its time to get serious.! Gapai segala impian. bukan hanya sekadar angan di alam fantasi.! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...