Hello readers.! Hari ni seperti apa yang semua orang sedia maklum adalah hari terakhir Faizal Ismail sebagai seorang penyampai radio di Hot FM. Aku pun sebak gak dengar Hot Fm pagi tadi. Mendengar ucapan dari penyampai Hot Fm yang lain, membuatkan aku teingat detik yang pernah aku lalui tahun lepas.
Sepanjang 4 tahun aku bekerja, sudah 2 kali aku bertukar ofis. Selepas tamat belajar, aku terus dapat tawaran kerja dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan di tempatkan di Jabatan Penerangan. Di sinilah aku kenal erti sebuah persahabatan yang sukar untuk diungkapkan. Aku kenal dengan fatimah, lina, masni, sazli and last skali dengan cik linda. Pergi outstation beramai-ramai dengan CC jamaiyah and Puan Emmy. Rasa macam kitorg adalah satu family and ibarat macam adik beradik, walaupun pada hakikatnya Puan Emmy, and cik linda adalah bos kitorg. dan detik nak meninggalkan Jabatan Penerangan adalah saat yang susah nak digambarkan. Rasa sedih sebab kena transfer jabatan lain. dan pada waktu itu, CC jamaiyah dan cik linda adalah org yang paling sedih di atas berita pertukaran ktorg. Berhelai-helai tisu menjadi mangsa dek air mata cik linda.
Next, pada tahun 2011, aku bertugas di Jabatan Warisan Negara. pada mulanya aku agak kekok dan rasa berat hati di sana. tapi masih berharap cik linda boleh tarik ktorg balik ke Jabatan Penerangan. tapi semua itu tidak berjaya. Maka aku pun meneruskan tugas aku di Jabatan Warisan seperti biasa. dan disini, aku berjumpa dengan Coursemate di Uitm. Dia pon pegawai kontrak sama macam aku. Janggal pn ada gak, bila aku kena bagi arahan pada member sendiri. tapi ini semua tugas, so, buat jela. Penghujung tahun 2012, aku dapat berita bahawa kontrak kitorg tidak lagi diletakkan di bawah Kementerian, tetapi di bawah bajet Jabatan dan semua tertakluk kepada budi bicara pegawai atasan di Jabatan Warisan. hati aku dan dapat rasa, yang kontrak tak akan disambung. Muni pun dapat rasa yang sama. cuma cik ati tak bagitau pada ktorg mengenai perkara itu. Hari-hari terakhir aku di Jabatan Warisan adalah detik yang sangat sukar. Mula-mula Muni yang amik cuti awal, sebab dia nak kawin. Pada masa tu, aku sebagai kawan baik Muni pun dah rasa sedih. Padahal rumah aku dan Muni dekat dan boleh je ktorg jumpa bila-bila masa. Muni terus tinggalkan ofis tanpa berjumpa sesiapa pun, sebab dia tak sanggup and dia takut tak boleh control air mata. Dia hanya tinggalkan sms pada syikin untuk dibaca semua warga HR. Seorang demi seorang sedih dan sebak hingga ada yang tak dapat menahan air mata. Terdetik di hati aku masa tu, bagaimana pula aku di hari terakhir kerja nanti. Di Jabatan Warisan ni, mungkin aku tak mengenal erti sebuah persahabatan. Tapi aku mengenal erti kekeluargaan. Bergaul dengan cc dan kak siti, mereka ibarat ibu pada kitorg. Puan shida dan cik ati pula ibarat kakak sulung yang agak tegas tapi sporting. kak mah dan kak ayuni, seperti kakak yang sentiasa memahami. Shuea pula teman yang baik hati tapi sukar dimengerti. dan yang terakhir adalah syikin, ibarat adik kepada aku dan muni. orang yang selalu kena buli tapi sikit pun tak amik ati dengan usikan ktorg. dan hari terakhir aku pun tiba. Aku bersalam dengan kak siti, kak mah dan kak ayuni. Air mata hampir saja mengalir, tapi aku masih mampu menahan. Kemudian salam dengan shuea, masa ni air mata aku dah tak boleh control, berjuraian air mata keluar. tapi aku tak jumpa syikin. aku hanya nampak dia di dalam kereta kak siti. Cik ati dan puan shida, aku tak dapat jumpa dan digantikan dengan sms. Aku call kak sharifah selepas habis kerja, sbb dia ada meeting di luar petang tu. Dengar suara dia tersekat-sekat sebab sedih aku dah tiada lagi di warisan. Syikin pulak, aku tinggalkan sms pd dia, dan juga nota serah tugas di dalam laci. Bersyukur sebab aku di bawa untuk mengenali insan-insan yang baik sepanjang tempoh bekerja.
Honestly, detik-detik hari terakhir di tempat kerja adalah sesuatu yang susah untuk digambarkan. Aku sayang semua yang pernah ku kenali di Jabatan Warisan dan Jabatan Penerangan. Ianya adalah suatu kenangan yang tak ternilai. Terima kasih untuk semua.
No comments:
Post a Comment