Friday, November 1, 2013

Al-kisah ex-Orange House 2013

Assalamualaikum semua,

Aku harap semua masih berada di dalam tahap kesihatan yang baik, walaupun sekarang ni musim hujan dan ada pula tragedi di Cameron Highland baru-baru ini. Bulan oktober ni, ada sorang besfwen a.k.a adik aku masa study dulu telah mendirikan rumah tangga. Uish.. sekarang ni baru aku faham apa maksud wanneeza and aida, bila hati tiba-tiba rasa touching tengok kawan baik kita masuk ke satu fasa hidup yang berbeza. Untuk pertama kalinya, aku rasa sebak bila aku congratulate on her wedding. Adoii.. Jiwa kental aku dah terusik sedikit. Sekarang aku dah rasa bila kawan yang rapat kawin, hati tiba-tiba akan terusik. Bukan sebab sedih tapi ianya susah untuk digambarkan. Bulan 12 ni sorang GSB akan melangkah ke fasa hidup yang lain gak. Aku kena prepare jiwa dan mental supaya jangan nak touching sangat masa hari kawin dia nanti. :D

Semakin hari, semakin ramai ex-orange house yang dah kawin. Ada juga yang dah dapat anak. Aku juga tak ketinggalan di hujani dengan soalan-soalan yang boring. Baru-baru ni, abang-abang and mami ada bertanya soalan kawin pada aku. Eh.? kalau laki tu boleh carik kat Tesco, dah lama dah aku gi pilih. Its ok. Jodoh tu semua sudah ditentukan. Aku mungkin dah penat mengenal orang and ber-skandal sana sini. Sekarang ni, masa untuk cuci tangan sambil cuci-cuci mata melihat ramai lelaki hensem yang berkunjung ke ofis. haha. life as single is pretty awesome.!

Sambil korang tengok-tengok gambar kawin Pajina, sila lah klik pada link ini, kisah orange house.
Tergelak semula bila aku teringatkan kisah yang berlaku di orange house dulu. Ish.. Rindu nya zaman study.












No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...