Tuesday, September 27, 2011

Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia


Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi tentang titah atau pun teks ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Dewan Merdeka, PWTC semalam. Aku rasa titahnya adalah sebagai salah satu luahan rasa dari seorang Raja Melayu yang dukacita dengan senario politikdi Malaysia kini. Tuanku bersungguh-sungguh mengingatkan supaya jangan memperdagangkan agama Islam dan juga hak keistimewaan orang Melayu semata-mata untuk meraih sorak ataupun untuk memancing undi. Tuanku juga turut menegaskan tentang Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Aku share kat sini untuk tatapan semua especially mana yang lalai dengan permainan politik. 

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu:
  1. Islam sebagai agama Persekutuan
  2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan
  4. Kedudukan istimewa Orang Melayu dilindungi
  5. Melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain
  6. Kedaulatan Raja -Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin
Daripada Wasiat Raja-Raja Melayu tu, kita semua sedia maklum yang ada usaha untuk menjatuhkan Agama Islam sebagai agama Persekutuan, kononnye untuk bertindak lebih adil ataupun dengan kata lainnya "Permainan politik untuk meraih undi Bukan Bumiputera". Tanah Simpanan Melayu ataupun Tanah Rizab Melayu pun dah jarang kita dengar sekarang ni. Infact, diskaun Bumiputera pun telah dihapuskan di kawasan bandar-bandar yang membangun. Kedudukan istimewa Orang Melayu juga kian tercabar. Apabila ada pihak yang ingin memasukkan kuota untuk Cina dan India di UiTM, dan menambah kuota Cina dan India di MRSM. Kedaulatan Raja - Raja Melayu juga kian luntur apabila ada pemimpin tertinggi di sesebuah negeri enggan menerima keputusan yang telah di buat oleh Sultan Negeri. Ini semua bukti, bahawa kedudukan Orang Melayu semakin terancam, begitu juga dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan.

Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan raja-raja.
Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.
Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid, atau sebuah mimbar.
Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa ; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.
Pecerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. 
- titah Raja Dr. Nazrin Shah - 
Demikianlah petikan yang dapat aku kongsi dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2011. Hasil tulisan ini bukan untuk berpihak kepada mana-mana pihak lantas menuding jari pada sesiapa. Ini adalah luahan isi hati aku. Sebab aku sayangkan negara Malaysia yang aman damai ini, dan aku mahukan hak keistimewaan Orang Melayu terus kekal di samping Agama Islam masih kekal sebagai agama rasmi yang dapat membantu kita dalam membuat keputusan. Jangan pula kita berkata bahawa Raja yang memberi titah ini pro-BN atau pro-UMNO. Ini adalah luahan dari seorang Raja Melayu dan tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik. Harap semua sedia buka minda dan membuat penilaian yang tepat. Aku tak sanggup lihat bangsa Melayu dijatuhkan dan menjadi hamba kepada orang yang mementingkan diri sendiri.



Tuesday, July 19, 2011

Jauh..

Jauh..

Dan semakin menjauh,

Aku hanya mampu berdiam,

Kerna tiada apa yang boleh ku lakukan,

Aku hanya bisa melihat,

Ia semakin menjauh,

Dan akhirnya hilang dari pandangan,

Semakin lama,

Ia semakin kabur,

Dan tanpa aku sedar,

Tiada lagi di hadapan ku,

Aku tidak mahu ia lenyap,

Tapi aku tidak tahu,

bagaimana lagi harus ku lakukan,

Supaya tidak lagi menjauh,

Tolong.....

Jangan menjauh lagi...


-nsnm

Monday, July 4, 2011

Masa.

Hari Sabtu yang lalu, aku cuba meluangkan masa untuk keluar bersama seorang teman universiti. Kami agak akrab di zaman study dulu. Diploma dan degree sekelas dengannya. Malah menyewa di rumah yang sama. Namun, kekangan kerja dan komitmen menyebabkan kami jarang berjumpa.

Banyak cerita yang di kongsi bersama. Ternyata tempoh 2 tahun selepas grad, menjadikan masing2 semakin berfikiran matang. Dan tanpa aku sedari, tiada lagi aktiviti 'flirting' yang dulunya menjadi hobi kami dikala zaman study. Tiada lagi 'eye contact' infact mata ktorg pun tak meliar usha lelaki comey or hensem lagi. Pada mulanya aku tidak sedar akan perubahan itu. Tapi kawan ini menegur.

"Aku sekarang ni macam dah kurang sangat nak cuci mata or even wat eye contact cam dulu. Klu jalan kt shopping mall tu, jalan straight je. Dah takde pandang2 org.."

- "Eh..? haahla. Aku pon perasan. Aku dah x wt eye contact lagi cm dulu. haha..ape dh jadi dgn kite ni..? "

Terdetik di hati ku, apakah ini disebabkan faktor usia.? 2 tahun yang lalu, dah selalu sangat 'flirting2 ni. haha.. Mungkin juga. Umur dah semakin meningkat. Its time to get serious.! Gapai segala impian. bukan hanya sekadar angan di alam fantasi.! :D


Tuesday, June 28, 2011

New..!


Akhirnya bertemu jua aku dengan pengganti digital camera yang hilang dulu. Hehe.. Brand sama, tapi model lain. Aku suka canon ixus sebab gambar dia cantik. tak payah nak beli DSLR. Quality gambar kamera ni pun tidak menghampakan. Kalau tak percaya, korang gi try snap pic gune kamera ni. Hehe..anyway thanx kepada insan yang bermurah hati menghadiahkan aku kamera ni. I like.. :D


25th.


Alhamdulillah. Dengan izin Allah, masih dilanjutkan usia ku yang kini menjangkau 25. Sedar tak sedar, aku kini bukan lagi muda remaja, yang baru berusia belasan tahun atau pun awal 20-an. Sepanjang usia ku yang 25 tahun ni, banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan dan kekuatan. Dan aku bersyukur kerna aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan hidup yang hampir terhenti separuh jalan. Ramai juga yang wish hari lahir ku. Antaranya ada yang mendoakan aku cepat2 'berdua'..Haha. Aku hanya mampu tersenyum. Seribu penghargaan juga ku ucapkan pada yang beriya membeli kek dan hadiah untuk hari lahir ku. Thanks.. :D

Friday, June 3, 2011

boring...
life is so damn boring..
bored of my job..
bored of my rutine..
everything are getting so boring..
get me out of here..

Tuesday, April 26, 2011

aku kena tanggung kerja.?

erk..sebelum aku meneruskan entry ni, aku harap sape2 yang seangkatan dengan aku xyah r panjang kn mende ni sampai kt kementerian. cume aku terkejut. tetibe je aku diarahkan untuk tanggung kerja kerani kat pejabat Ketua Pengarah. argghhh.. motip..?? aku ni kontrak je kot. adoi..ni dh multitasking namenye. aku kne wt kerja hakiki and at the same time kene tanggung kerja orang lain plak..?? dhla setiap hujung bulan kne anta report kat kementerian. ape aku nk tulis tugas aku nanti.? takkan nk tulis aku menanggung kerja kot..

mode: *bengong*

mampukah aku bertahan.?

berapa lama mampu aku bertahan..?
selamanya atau seketika..?
argghh..dh 16 jam ni.. ish..relex2..cool je..

Thursday, April 21, 2011

seribu warna

colours..! haha.. aku tertarik untuk post sumthing about colours.hidup kita ni dicorakkan dengan pelbagai warna. semalam, aku berkesempatan untuk berbual dengan sorang member lame. bila mendengarkan kisah hidupnya, lantas aku terpikir. yang hidup kita ni memang indah. penuh warna warni. ada kalanya warna yang terang menyinari hidup kita. adakala nya warna yang suram menyelubungi.
pada aku, selama 2 tahun ni hidup aku hanya berwarna hitam. gelap dan tiada seri. and aku jgak jadi seorang yang amat gemar memakai warna hitam. sebab hitam ni senang nak match. and yang paling penting, aku ade sebab aku sendiri kenapa aku suke warna hitam. sekarang, hidup aku tidak lagi diselubungi dengan warna hitam. aku pon dah bosan dengan warna hitam. tapi aku beralih minat pula pada warna yang kusam or dull. haha..pelik. tapi aku yakin, setiap perubahan aku pasti mempunyai makna disebalik nya.
hampir 2 jam aku berbual dengan kawan lama semalam, dan banyak cerita yang dikongsi bersama. kini, kehidupan selepas tamat belajar adalah kehidupan yang sebenar. kehidupan yang lebih mencabar. dan di fasa inilah kita akan berdepan dengan berbagai permasalahan, konflik, gangguan emosi, kecelaruan dan sebagainya. aku pasti semua orang merasa cabaran dunia sebenar. tiada lagi aktiviti gila2 masa zaman study, lepak2, ponteng kelas. mase tu sume nye terase sangat best. and yes.! aku rindukan zaman study kt shah alam dlu. ape pun, life aku sekarang ni memang sangat bosan.. arghh..!! aku nk carik keje lain..!

Wednesday, April 20, 2011

perjalanan..

Aku duduk dan terdiam sendiri.tiada apa yang mampu aku ucapkan. aku tidak berdaya untuk membantu. tapi aku hanya mampu melihat semua yang berlaku. aku hanya mampu menyaksikan liku perjalanan seorang insan. mengapa harus terjadi begini.? Kenapa ini jalan penyelesaian nya..? walaupun bukan aku yang melalui detik ini, tapi aku agak terkilan. kerana sebuah kisah berakhirnya dengan begini. Bagaimana harus aku membantu.? aku tidak tahu untuk meleraikan sengketa. dan aku tidak mahu campur tangan di dalam urusan orang lain. Maaf.. Bukan aku tidak perasan. Bukan juga tidak berperasaan. tapi siapalah aku. untuk membantu mereka. aku hanyalah si adik yang masih di anggap kecil. Andainya aku masih sepi dan terus membisu. itu bukan bermakna aku sudah melupakan. cuma aku tidak tahu memainkan watak dan peranan ku di dalam kisah ini. aku berharap masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik.

Tuesday, March 15, 2011

kehilangan..

baru-baru ni, berlaku 1 kejadian yang tak best menimpa diri aku. Aku kne rompak mase pergi vacation ala2 tepi laut. nasib kurang baik bile chalet yang aku sewa tu kne pecah kt bahagian bilik air. banyak gak barang2 berharga yang hilang. Antaranya handbag aku yang ade digital camera kt dalam..uhuk.. sedeynye.. nasib baiklah mase tu, aku kuar gi beli makanan. tak tau la ape jadi kalau mase tu aku ade dlm chalet. mungkin si pencuri tu dh acu pisau kt leher and mcm2 plak kejadian yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah purse n hp ade dgn aku mase tu. tapi yang aku pelik nye, hp sony w205 yang aku letak atas meja tu die tak rembat plak..haha.. takpela..nanti aku beli camera yang lagi canggih.. huh.. okla..c ya..

oh ye..sebelum aku terlupe..sape2 yang nk pegi vacation ala2 tepi pantai, sile jangan pegi ke Ulek Beach Resort. nk tau sbb ape..?
  1. servis yang staff die bg sgt hampeh. dhla muke receptionist tu ketat.. "eh hello...ko igt muke ko tu lawa sgt ke huh.? pakai mekap 10 inci pn tetap muke arwah nenek aku lagi lawa dari ko.."
  2. Breakfast die tersangat la x sedap.. dhla xde juice. stakat ade coffee n tea je utk breakfast, pastu ade la cereal, kek n buah2..kalau nk mknn local or western kne order.. (aku order pancake..tapi cam harem je..dhla pancake keras..ade ke gi serve pancake dgn 'nata de coco'.. ngok tul)
  3. security level kt sini tersangat la rendah. guard pn hanya bertugas pada kul 9 mlm.. sedangkan mase kejadian pecah chalet tu berlaku dlm kul 8lbh..adoi..aku xtau la nk ckp cmne..org resort ni x penah pikir kot keselamatan guest diorg..
  4. setelah berlaku segala kehilangan dalam bilik aku, reaksi staff2 kt sini sgt lemau. lembab je nk wt tindakan..especially pada receptionist yang bertugas mlm tu, iaitu cik Pon'.. bengap tul.. dh berlaku kejadian cmtu, xtau nk bertindak cmne..Doh.!
  5. staff2 kt sini sgt tidak mesra.. dhla berlaku kecurian..bukan nk mintak maaf..bagi plak bilik yang hujung2.. masing2 wt muke ketat.. nasib baiklah manager die berbudi bahasa gak.. klu x dengan manager kne kaki dgn aku..

emmm...sape2 yang nak tau ktne lokasi resort ni, silelah bertanya pada aku.. okla..last but not least, klu ade yang plan nk bercuti ala2 tepi pantai..sile jangan pilih Ulek Beach Resort sbg tempat penginapan anda.. dikhuatiri barang2 berharga anda pula akan hilang sebab kne rompak..

Thursday, March 3, 2011

Bila terpaksa buat sesuatu yang tidak di suka

aku yakin sume orang pun pernah hadapi situation cmni. Kne wat sesuatu yang kite sendiri tak suke dan implikasinya akan jd cmni..


  1. muke terpaksa - konon2 cam ikhlas r nk wat..tp dalam hati punye la benci
  2. xde mood - memang secara spontan kita akan jadi xde mood and xde perasaan pn nak wat.
  3. dalam hati mula r nk sumpah seranah - hahaha...jgn ckp korg x pernah wat ye..
  4. sakit - bukan sakit apa pun. just sakit ati je. and kadang2 cam tertanya2 kenapa r mesti jadi cmni..
  5. kalau ade peluang nk lari, memang dah lari jauh2 dari mende ni..
  6. rase cam dah x sanggup lagi nak ngadap mende camni..arghhh...
  7. terase diri cam sangat hipokrit.
  8. mula la start segala kisah 1001 penipuan semata-mata nk mengelakkan diri.

Monday, February 28, 2011

Dungun.. oh.. Dungun..

last week, aku pegi ke dungun.. sebab ape.? kononnye saje nk jenjalan smbil menghirup udara di tepi pantai.. banyak sgt yang berlaku lately ni sampai aku rase sesak sangat and perlu pergi tempat lain untuk relex skit..

actually aku gi dungun ni pn sbb nk teman Cik L yang kebetulan ade keje kt sane. 2-3 hari sebelum pergi tu, aku dh rase cam berdebar2 semacam je. tapi aku wat xtau..sbb aku rase mungkin aku neves sebab jarang sgt berjalan jauh, lagi2 bile sampai ke pantai timur ni. tak pernah rase nye aku ke pantai timur ni dengan member2. last pegi kelantan, t'ganu tahun lepas pun atas urusan keje..tp mase tu ade driver yang bwk..
emm...okla.nk dijadikan citer, aku gerak je dari umh dlm kul 7 pagi, terus aku berdoa semoga perjalanan aku ni selamat and aku selamat sampai ke sana. (ala2 skema kn.? tapi aku peduli ape. nk berjalan jauh, kne r berdoa..) Alhamdulillah aku selamat gak sampai kt dungun dlm kul 12 tghri. Petang plak, ktorg gi jenjalan tepi pantai and menikmati kepok lekor yang konon2 nye sedap. hampas tul.. kepok lekor tu keras. penat mulut aku mengunyah..

And seperti yang di rancangkan, pada hari ahad Cik L nk gi politeknik sebab die ade keje skit kt sane. So, ktorg pun gi ar bekfes dlu. lepas perut dh kenyang, and dalam perjalanan nk gi ke kete, tibe2 aku nampak ade sumthing wrong dgn WRA. erk..?!!! WRA pancit..!!!!

keadaan tayar WRA mase ditemui pada pagi Ahad di parking hotel..

immediately aku rase cm blank..ktorg mintak tolong orang hotel tukarkan tayar kete. hehe..diorg ni mmg baik2 belaka..siap 3 org tukang kebun datang tolong tukar tayar.. ade yang tolong bawak tayar spare utk isi angin..ade gak yang tolong tengok.. anyway, aku really apreciate bantuan diorg sume..salute r dgn org dungun..

tayar WRA dah kne tanggal untuk pemeriksaan lanjut..huhu.


WRA without tyre.. :p


pastu terus bawak WRA ke kedai tayar yang berdekatan utk periksa keadaan tayar yg lame, still leh gune or dh xleh gune. unfortunately, tayar lame tu mmg dh xleh gune..sbb dh ade retak, plus org kdai tayar tu cakap, base kpd kesan kt tayar, die kate tayar WRA mmg dah lame sakit. sebab die kne tusuk dgn paku panjang n skru ketot.. Ish2...ni dh kali kedua aku kne cmni.. 1st time mase kt shah alam.. tayar kete kne paku gak. Kali ni kne lagi.. emm..paku suke sgt melekat kt tayar WRA kot.. Nasib baik la aku sempat sampai ke dungun.. and tak jadi pape mase dlm perjalanan dr KL. pape pn, aku tak serik untuk datang ke dungun sekali lg.. :p

haa...ni lah die paku n skru ketot yang dh terbenam dalam tayar WRA sampai die kempis..



Thursday, February 10, 2011

specially dedicated to friends..

I have friends..
who will always be there for me..
I have friends..
who will ready to lend their ears for me..
I have friends..
who will always some minutes for me..
I have friends..
who's ready to give me words of advice..
I have friends..
who will never misjudged me..
I have friends..
who will never let me down..
I have friends..
who will scold me when i made mistakes..
and dear friends..
thanks for always giving me support..
I owe u so much..

Wednesday, February 9, 2011

sebutir kata.

kenapa harus memilih..?
kenapa harus ada pilihan yang mengelirukan dan memeningkan.?
begitu sukar untuk membuat pilihan di antara 2..
umpama kisah di dalam lagu yang sering ku dengar..
kenapa harus menjadi tamak..?
lantas memilih mahu keduanya sekali..
pantas kau tidak memahami..
bahawa orang yang tamak itu selalu saja rugi..
begitu jelas kau masih keliru..
kau mahu di sana..
dan kau mahukan yang di sini..
kau keliru untuk membuat keputusan terbaik untuk diri mu..
pertimbangan harus di buat..
dan jangan sesekali kau kesali..
dengan keputusan yang telah kau pilih..
berjalan terus ke hadapan..
dan jangan lagi menoleh ke belakang..
kerna pandangan di belakang..
adalah kesilapan mu yang lalu..

hukum karma.

sayang...
masih adakah sayang itu..
ataupun ia hanya tinggal panggilan semata..
ku ketuk pintu hati dan bertanya sendiri..
mungkin inilah yang di panggil hukum karma..
akhirnya terkena pada diri aku sendiri..
tapi tak mengapa..
aku terima semua ini dengan redha..
aku sedar setiap manusia membuat kesilapan..
termasuk aku juga..
tak pernah lari dari kesilapan..
tapi masih wujudkah rasa itu..
atau pun rasa itu telah hilang..
hanyut di bawa arus yang deras..
aku sendiri tidak pasti..
dan aku masih tertanya-tanya..

Kelam..

Tiada kata yang mampu ku ucap,
tiada lafaz yang masih seswai,
tiada lagi warna bak pelangi,
semakin lama aku semakin keliru,
makin sakit dan kelabu,
aku di mana.??
kaki ku berpijak di dunia nyata atau khayalan semata..?
di mana aku kini.??
dunia apakah yang aku lalui..
bagaimana harus ku temu,
sinar cahaya yang dahulu,
aku dambakan keadaan seperti dahulu,
adakah aku berpijak di dunia nyata..
dunia nyata yang terbukti bak ciptaan akal di bawah sedar..
berapa lama lagi aku mampu bertahan..
aku makin tersesat jauh..
masih adakah ruang untuk aku berpatah balik..
aku keliru..

Tuesday, January 11, 2011

sedey..

emm..sedey..ni ar perasaan aku sekarang ni..muke aku pn lebey kurang cm muke budak ni..takde perasaan..pndangan yang kosong, dan yang pasti rase kekesalan..rase cam sedey giler bile sume susah payah yang dibuat tak membuahkan hasil yang banyak..rase kesal sebab kne judge dengan cara cmni skali.di anggap seperti orang yang tak memberi apa-apa sumbangan. rasa cam sume ni sia-sia je. ape yang di buat mcm tak dihargai. aku sedar memang aku tak berjaya nak naikkan KPI, pastu kene tukar lak gi tempat lain..sume nye dengan alasan, performance ktorg tak cukup bagus..adoi..kecewa giler wei..kalau lah diorg faham situasi yang ktorg hadapi.. bukan senang nk naikkan KPI. lagi2 yg stafnye ade beberapa ribu orang.haihh..xpela..nk wt cmne..mende dah jadi pon.. diorg pn dh aim aku..ingat aku ni tak wat keje ke..siyes aku mmg dh xde mood nk kje cni lg.. arghhhh..!!! skang ni, aku nk tgk je..bagus sgt ke bdk2 baru yang gantikan ktorg tu..sbb diorg cakap, diorg hantar org yang "bagus" kt situ..orang yang x "bagus" diorg tukar kan ke tempat lain.. perghh...pedih giler hati aku mase dengar tu..aku nk tengok..mampu ke diorg nak naikkan KPI 2ribu orang tu..korang kan bagus sgt..!

Wednesday, January 5, 2011

Dunia baru 2011


Rase cm tak pecaye je yg skg ni kita dah menjengah ke tahun 2011..rupe2nye dh hampir 2tahun aku grad..haha..kjp nye mase berlalu..Alhamdulillah untuk tahun 2011 ni, kontrak aku telah pon disambung..walaupun ramai yg cakap aku hanya buang mase je kje kt cni, tp xpela..aku nk tau selok belok pentadbiran dlm dunia ni..kalau orang nk cakap aku dh buang mase pon aku tak heran.. tahun ni gak GSB ade 'sumthing' yang nak diusahakan..harap2 la usaha ni menampakkan hasil dan bukan hanya separuh jalan, tapi terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi..

Tahun 2011 ni, bermula lah aku di tempat yang baru..huhu..terkejut gak mase dapat penempatan..aku ingat kan ade peluang lg r nk stay kt ofis lame..tp, apakan daya..mereka lebih berkuasa..dan aku hanyalah semut kecil yang akan dibuang dan dipijak apabila tidak perlu..haha..ayat sedey r plak..tapi aku mmg tgh dlm mood sedey lg ni..setelah setahun 6bln aku di tempatkan di Penerangan, akhirnya, aku terpaksa akur dengan kehendak kementerian yang mahukan aku bertukar ke Jabatan lain.."saya redha.."

Maka dengan ini, aku bukan lagi warga penerangan..sedeynye bile terpakse berpisah dengan yang lain2..fatimah dapat kt muzium..masni dpt kat JKKN perak..Lina plak masih menunggu status rayuan die..adoi..rase cam mimpi je..lepas dapat surat penempatan, terus balik ke ofis lama and kemas2 barang.. terkejut gak r org2 kat ofis lame..takpelah..atleast sempat gak r pegi roadshow same2 dgn team aku..sdey gak nk tglkn cc and Cik L..tapi apakan daya..ktorg terpaksa mengikut arahan..i'm gonna miss them a lot..uwaaaaa....bye2 korg..pasni setiap hari jumaat dah takleh gi jalan TAR dgn korg lg..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...