Ajal dan maut itu rahsia Allah
tiada siapa yang tahu bila dan dimana
Bagaimana dan apa yang akan berlaku
semuanya telah tertulis oleh Pencipta kita
Aku dikejutkan dengan berita pemergian
seorang insan yang aku kurang kenali
tapi cukup senang di mata ku
insan yang mencipta nama di atas kaki sendiri
Pergi nya seorang insan
kerana Allah lebih mengasihi
dan meninggalkan segala duniawi
walaupun ada seribu satu bebanan yang dipikul
Kadar kesihatan tidak menentukan dia panjang umur
Umur juga tidak menentukan dia sihat
Seorang yang sudah berumur
diberi ujian dengan seribu satu kesakitan
Manakala seorang yang lebih muda
diberi juga ujian
tetapi dijemput Allah terlebih dahulu
Manusia selalu diberi kesempatan
untuk berubah dan menjadi lebih baik
Untuk menginsafi di atas penderitaan orang lain
untuk sentiasa mengingati dari mana asal usul kita
Hari ini aku tersedar
ajal dan maut itu tidak mengenal usia
dan tidak mengira masa
mahupun pangkat dan darjat seseorang
Ya Allah,
aku banyak alpa
lalai hidup di dalam dunia ciptaan Mu
Sedarkan lah aku
Bangunkan lah aku
Jangan lah kau mati kan aku
Dalam keadaan yang mengaibkan
dan mengazabkan ku
-nsnm-
020614