Thursday, April 4, 2013

Tiga April Dua Ribu Tiga Belas

Hari ni, sekali lagi 3 April berada pada kitarannya. Tarikh yang tak mungkin aku lupa. Tarikh aku kehilangan seorang abah pada jam 9 malam, hari Jumaat, tahun 2009.

Abah, 
awon rindu nak dengar suara garau abah dalam telefon,
abah terus letak telefon macam tu je, takde salam or bye.
tapi itulah abah awon,

Abah,
awon rindu nak rasa kuah lodeh yang abah masak setiap kali raya,
awon cuba nak masak macam abah, tapi rasa tak sama,

Abah, 
awon rindu nak tengok tv sama-sama dengan abah,
abah mesti temankan awon tengok tv, 
walaupun mase tu abah dah berdengkur,
and awon rasa annoying bila abah tidur depan tv,
tapi sekarang keadaan itulah yang awon rindu,

Abah, 
awon rindu nak tengok abah duduk kat buaian,
sambil tunggu awon balik,
mase tu awon dah rasa berdebar,
sebab takut abah marah awon balik lambat.

Abah,
awon rindu nak dengar nasihat, tunjuk ajar abah,
sebab abah adalah kaunter pertanyaan awon 
yang boleh jawab semua persoalan.

Abah,
awon rindu nak pergi pasar malam dengan abah,
abah call awon kali terakhir pun sebab nak tanya awon nak makan ape kat pasar malam,

Abah,
awon rindu nak rasa suasana beraya macam dulu,
beraya dengan abah di pagi raya, ziarah kubur ummi, pastu raya umah mak long,

Abah, 
awon tau abah dah takde dengan awon,
apa yang abah tinggalkan untuk kitorang,
akan digunakan ke arah jalan yang baik.

~al-fatihah~

*mood emo skit..sebab tarikh 3hb april..* :p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...