Wednesday, October 9, 2013

Solat sunat dhuha

Assalamualaikum semua, entry kali ni aku nak post tentang solat sunat dhuha. pernah tak korang wat solat sunat dhuha.? Aku sebenarnya pun jarang wat sunat dhuha nih. Cuma mula tahun lepas, ada sorang akak kat opis JWN dulu suggest aku wat sunat dhuha. Dia kata elok supaya rezeki kita sentiasa ada dan cukup. Dia siap bagi aku pinjam buku untuk bacaan doa selepas sunat dhuha. Dulu lepas aku tamat kontrak dengan JWN, aku rajin gak wat sunat dhuha, and alhamdulillah, aku tanam anggur sebulan, then terus dapat offer keje. Beberapa minggu lepas aku start keje baru, dapat lak offer keje lain. Alhamdulillah. Rezeki Allah tu Maha Besar. Okla. Aku nak share dengan semua tentang sunat dhuha. Semoga apa yang baik ni, korang dapat amalkan bersama-sama. Aku bukan nak riak or tunjuk alim, cuma aku rasa sebagai seorang hamba Allah yang kurang beriman ni, tak salah kalau aku mengingatkan ilmu yang berguna. sebab ilmu yang berguna ni jugak lah yang akan bantu kita kelak. Wallahualam

Solat sunat dhuha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Niatnya
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala

Doa selepas solat
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha Mu,
kecantikan itu adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu keindahan Mu, kekuatan itu kekuatan Mu,
kekuasaan itu kekuasaan Mu dan perlindungan itu perlindungan Mu,

Ya Allah, jika rezeki ku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Amin.

Tuesday, October 8, 2013

Quote


no matter how I deny it, but this is so true.

Friday, October 4, 2013

Oktober 2013


Assalamualaikum and hello readers.! Sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan Oktober. OMG.! lagi 2 bulan, masuk tahun 2014 pulak. Rasa macam cepat sangat berlalu. Oktober ni, dah genap setahun perkara itu berlalu. Woaahh..sudah setahun rupanya. Tahun depan umur aku bertambah lagi setahun. Erk..?! 

Oh ya, dalam bulan 10 ni gak, ada sorang besfwen aku nak naik pelamin. akhirnya, dia dah potong line kitorang semua kat orange house tu. Hebat lah pajina.! Anyway, tahniah aku ucapkan. and semoga berbahagia sampai akhir hayat. 

Hello Oktober, and bubbye warna.! Eh.? haha..

See ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...