Monday, February 18, 2013

Berdepan atau menyorok.?

Hello readers.!! Howz ur day.? Cuti panjang sempena Chinese New Year hari tu korang ke mana.? Well, lama aku tak menulis di dalam ni. Terkadang rasa idea itu mencurah2..Terkadang rasa idea itu hilang, menyebabkan aku terbantut hasrat untuk update blog.

Last weekend hari tu, terasa seperti minggu aku berdepan dengan realiti. Kenyataan yang mungkin pahit. Realiti yang memberi rasa sakit. Situasi yang mengajar aku untuk berhadapan. Berhadapan dengan kenyataan yang mungkin mengganggu emosi. Aku menjejak kan kaki ke suatu tempat yang agak familiar bagi aku dulu. Memberanikan diri untuk ke sana walaupun aku tau kenangan itu pasti akan muncul di minda. Mengajar diri aku menerima kenyataan yang tempat itu adalah kisah silam dan biarkan saja ia berlalu. walau terkadang fokus aku agak beralih. dan emosi aku sedikit terganggu. Aku sedar kekuatan itu ada pada ku, sebab aku pasti sahabat2 aku pasti akan membantu jika aku lemah. Mereka lah kekuatan aku. dan kerana mereka yang selalu ada, aku memberanikan diri untuk melawan dengan rasa sakit, berdepan dengan beribu kenangan dan melangkah cuba meninggalkan segala ceritera dulu. 

Chinese New Year 2013 : Setelah 4 tahun GSB tak hang out or pergi jalan2 dengan korum yg cukup, akhirnya tahun ni dapat gak kitorang plan a short trip on Chinese New Year. Happy and tersangat enjoy, bila dapat spend time sama2 dengan diorg sume, Ayong, Maktam and Yusri. Keadaan yang sangat berbeza berbanding holiday ke Melaka pada 2009. Mase gi melaka dulu tempat duduk belakang kete tu, muat lagi untuk duduk 3 org. tapi sekrang ni,.....Bila Yusri and Maktam dok kat seat belakang dah nampak cam sangat padat. Haha. Kawan2 aku dah membesar dengan baik.! 

Well, last weekend : Luangkan sedikit masa untuk bersama teman yang memerlukan. Walaupun dah tengah malam, aku and ayong tekad nak temankan Yus gi Temerloh untuk jumpa Shah. Kitorang pun nak melawat shah sebab dia baru je kehilangan seorang mak beberapa hari yang lepas. Aku paham situasi Shah, dia mesti perlukan kawan2 di sisi masa dia dalam kesedihan camtu. Shah pun masih terkejut dengan kehilangan tu. Sekurang2 nya dia dapat jumpa arwah, sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Dulu aku tak sempat nak jumpa arwah abah, infact aku lambat dapat berita tentang pemergian arwah abah. Rasa terkilan tu masih ada sampai hari ni. Pukul 2 pagi kitorang sampai di temerloh and terus check in hotel kat sane sebab umah shah penuh dengan sedara mara dia. Haha.. and the best part is, maktam pun berjaga untuk teman kitorang sampai temerloh walaupun die tak ikut. Suara and gambar maktam telah menceriakan ayong yang tengah driving. Kul 9pg keesokan hari, kitorg bergerak balik rawang sebab Ayong ade keje tengahari tu. 

Aku bersyukur sangat2 sebab ada kawan2 mcm diorg. Frenship that lasts for more than 10 years. 
Yusri : Aku dah kenal since tadika. Masuk pentomin same2, yus jadi tukang cerita and aku jadi mak. Then sekolah rendah and menengah yang sama. Finally, study pun kat universiti yang sama. Mula close dengan dia lepas abes sekolah. 
Maktam : Aku mula kenal Nuraini Suhaimi masa Form 4. Form 5 lak, main baling2 belimbing sampai pokok belimbing tu dah xde buah. masuk pertandingan nasyid sama2. pegi tusyen kasturi sama and meniru pun sama2. 
Ayong : Form 5, aku mula rapat dengan ayong. member yang banyak share suka duka dengan aku. Orang yang sama2 menangis meraung2 masa malam aku kehilangan arwah abah. Tarikh 3hb April, terlalu banyak memori dan air mata yang mengalir. 
A priceless frenship comes with thousands memories. Thanks korang, sebab banyak support aku walaupun korg tau siapa diri aku yang sebenar. Lagu kat bawah ni specially dedicated untuk korg. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...