erk..sebelum aku meneruskan entry ni, aku harap sape2 yang seangkatan dengan aku xyah r panjang kn mende ni sampai kt kementerian. cume aku terkejut. tetibe je aku diarahkan untuk tanggung kerja kerani kat pejabat Ketua Pengarah. argghhh.. motip..?? aku ni kontrak je kot. adoi..ni dh multitasking namenye. aku kne wt kerja hakiki and at the same time kene tanggung kerja orang lain plak..?? dhla setiap hujung bulan kne anta report kat kementerian. ape aku nk tulis tugas aku nanti.? takkan nk tulis aku menanggung kerja kot..
mode: *bengong*
Tuesday, April 26, 2011
mampukah aku bertahan.?
berapa lama mampu aku bertahan..?
selamanya atau seketika..?
argghh..dh 16 jam ni.. ish..relex2..cool je..
selamanya atau seketika..?
argghh..dh 16 jam ni.. ish..relex2..cool je..
Thursday, April 21, 2011
seribu warna
colours..! haha.. aku tertarik untuk post sumthing about colours.hidup kita ni dicorakkan dengan pelbagai warna. semalam, aku berkesempatan untuk berbual dengan sorang member lame. bila mendengarkan kisah hidupnya, lantas aku terpikir. yang hidup kita ni memang indah. penuh warna warni. ada kalanya warna yang terang menyinari hidup kita. adakala nya warna yang suram menyelubungi.pada aku, selama 2 tahun ni hidup aku hanya berwarna hitam. gelap dan tiada seri. and aku jgak jadi seorang yang amat gemar memakai warna hitam. sebab hitam ni senang nak match. and yang paling penting, aku ade sebab aku sendiri kenapa aku suke warna hitam. sekarang, hidup aku tidak lagi diselubungi dengan warna hitam. aku pon dah bosan dengan warna hitam. tapi aku beralih minat pula pada warna yang kusam or dull. haha..pelik. tapi aku yakin, setiap perubahan aku pasti mempunyai makna disebalik nya.
hampir 2 jam aku berbual dengan kawan lama semalam, dan banyak cerita yang dikongsi bersama. kini, kehidupan selepas tamat belajar adalah kehidupan yang sebenar. kehidupan yang lebih mencabar. dan di fasa inilah kita akan berdepan dengan berbagai permasalahan, konflik, gangguan emosi, kecelaruan dan sebagainya. aku pasti semua orang merasa cabaran dunia sebenar. tiada lagi aktiviti gila2 masa zaman study, lepak2, ponteng kelas. mase tu sume nye terase sangat best. and yes.! aku rindukan zaman study kt shah alam dlu. ape pun, life aku sekarang ni memang sangat bosan.. arghh..!! aku nk carik keje lain..!
Wednesday, April 20, 2011
perjalanan..
Aku duduk dan terdiam sendiri.tiada apa yang mampu aku ucapkan. aku tidak berdaya untuk membantu. tapi aku hanya mampu melihat semua yang berlaku. aku hanya mampu menyaksikan liku perjalanan seorang insan. mengapa harus terjadi begini.? Kenapa ini jalan penyelesaian nya..? walaupun bukan aku yang melalui detik ini, tapi aku agak terkilan. kerana sebuah kisah berakhirnya dengan begini. Bagaimana harus aku membantu.? aku tidak tahu untuk meleraikan sengketa. dan aku tidak mahu campur tangan di dalam urusan orang lain. Maaf.. Bukan aku tidak perasan. Bukan juga tidak berperasaan. tapi siapalah aku. untuk membantu mereka. aku hanyalah si adik yang masih di anggap kecil. Andainya aku masih sepi dan terus membisu. itu bukan bermakna aku sudah melupakan. cuma aku tidak tahu memainkan watak dan peranan ku di dalam kisah ini. aku berharap masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik.
Tuesday, March 15, 2011
kehilangan..
baru-baru ni, berlaku 1 kejadian yang tak best menimpa diri aku. Aku kne rompak mase pergi vacation ala2 tepi laut. nasib kurang baik bile chalet yang aku sewa tu kne pecah kt bahagian bilik air. banyak gak barang2 berharga yang hilang. Antaranya handbag aku yang ade digital camera kt dalam..uhuk.. sedeynye.. nasib baiklah mase tu, aku kuar gi beli makanan. tak tau la ape jadi kalau mase tu aku ade dlm chalet. mungkin si pencuri tu dh acu pisau kt leher and mcm2 plak kejadian yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah purse n hp ade dgn aku mase tu. tapi yang aku pelik nye, hp sony w205 yang aku letak atas meja tu die tak rembat plak..haha.. takpela..nanti aku beli camera yang lagi canggih.. huh.. okla..c ya..oh ye..sebelum aku terlupe..sape2 yang nk pegi vacation ala2 tepi pantai, sile jangan pegi ke Ulek Beach Resort. nk tau sbb ape..?
- servis yang staff die bg sgt hampeh. dhla muke receptionist tu ketat.. "eh hello...ko igt muke ko tu lawa sgt ke huh.? pakai mekap 10 inci pn tetap muke arwah nenek aku lagi lawa dari ko.."
- Breakfast die tersangat la x sedap.. dhla xde juice. stakat ade coffee n tea je utk breakfast, pastu ade la cereal, kek n buah2..kalau nk mknn local or western kne order.. (aku order pancake..tapi cam harem je..dhla pancake keras..ade ke gi serve pancake dgn 'nata de coco'.. ngok tul)
- security level kt sini tersangat la rendah. guard pn hanya bertugas pada kul 9 mlm.. sedangkan mase kejadian pecah chalet tu berlaku dlm kul 8lbh..adoi..aku xtau la nk ckp cmne..org resort ni x penah pikir kot keselamatan guest diorg..
- setelah berlaku segala kehilangan dalam bilik aku, reaksi staff2 kt sini sgt lemau. lembab je nk wt tindakan..especially pada receptionist yang bertugas mlm tu, iaitu cik Pon'.. bengap tul.. dh berlaku kejadian cmtu, xtau nk bertindak cmne..Doh.!
- staff2 kt sini sgt tidak mesra.. dhla berlaku kecurian..bukan nk mintak maaf..bagi plak bilik yang hujung2.. masing2 wt muke ketat.. nasib baiklah manager die berbudi bahasa gak.. klu x dengan manager kne kaki dgn aku..
emmm...sape2 yang nak tau ktne lokasi resort ni, silelah bertanya pada aku.. okla..last but not least, klu ade yang plan nk bercuti ala2 tepi pantai..sile jangan pilih Ulek Beach Resort sbg tempat penginapan anda.. dikhuatiri barang2 berharga anda pula akan hilang sebab kne rompak..
Subscribe to:
Posts (Atom)