Wednesday, October 9, 2013

Solat sunat dhuha

Assalamualaikum semua, entry kali ni aku nak post tentang solat sunat dhuha. pernah tak korang wat solat sunat dhuha.? Aku sebenarnya pun jarang wat sunat dhuha nih. Cuma mula tahun lepas, ada sorang akak kat opis JWN dulu suggest aku wat sunat dhuha. Dia kata elok supaya rezeki kita sentiasa ada dan cukup. Dia siap bagi aku pinjam buku untuk bacaan doa selepas sunat dhuha. Dulu lepas aku tamat kontrak dengan JWN, aku rajin gak wat sunat dhuha, and alhamdulillah, aku tanam anggur sebulan, then terus dapat offer keje. Beberapa minggu lepas aku start keje baru, dapat lak offer keje lain. Alhamdulillah. Rezeki Allah tu Maha Besar. Okla. Aku nak share dengan semua tentang sunat dhuha. Semoga apa yang baik ni, korang dapat amalkan bersama-sama. Aku bukan nak riak or tunjuk alim, cuma aku rasa sebagai seorang hamba Allah yang kurang beriman ni, tak salah kalau aku mengingatkan ilmu yang berguna. sebab ilmu yang berguna ni jugak lah yang akan bantu kita kelak. Wallahualam

Solat sunat dhuha
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : pagi anggaran 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Niatnya
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala

Doa selepas solat
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha Mu,
kecantikan itu adalah kecantikan Mu,
Keindahan itu keindahan Mu, kekuatan itu kekuatan Mu,
kekuasaan itu kekuasaan Mu dan perlindungan itu perlindungan Mu,

Ya Allah, jika rezeki ku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan Mu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang soleh.

Amin.

Tuesday, October 8, 2013

Quote


no matter how I deny it, but this is so true.

Friday, October 4, 2013

Oktober 2013


Assalamualaikum and hello readers.! Sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk bulan Oktober. OMG.! lagi 2 bulan, masuk tahun 2014 pulak. Rasa macam cepat sangat berlalu. Oktober ni, dah genap setahun perkara itu berlalu. Woaahh..sudah setahun rupanya. Tahun depan umur aku bertambah lagi setahun. Erk..?! 

Oh ya, dalam bulan 10 ni gak, ada sorang besfwen aku nak naik pelamin. akhirnya, dia dah potong line kitorang semua kat orange house tu. Hebat lah pajina.! Anyway, tahniah aku ucapkan. and semoga berbahagia sampai akhir hayat. 

Hello Oktober, and bubbye warna.! Eh.? haha..

See ya.

Tuesday, September 24, 2013

Aku masih lagi di sini

Aku masih di sini
Kembali ke jalan yang dahulu
Kembali kepada semua yang pernah aku lupakan

Aku masih lagi di sini
tersedar setelah mimpi yang agak lama
yang membawa aku hanyut

Aku masih lagi di sini
menjadi diriku yang dulu
tapi terkesan dari suatu warna

Aku masih lagi di sini
menyimpan sedikit memori
kesan dari mimpi dahulu

Aku masih lagi di sini
mencuba untuk berdiri, berjalan dan berlari
tapi aku masih cuba untuk merangkak

Aku masih lagi di sini
menerima karma di atas sikap ku
kekhilafan di atas keterlanjuran

Aku masih lagi di sini
Mencari semua yang pernah ada dengan ku dulu
tapi aku bukan diri ku yang dulu

Aku masih lagi di sini
cuba mengukir senyum dan tawa
supaya mereka melihat aku gembira

Monday, September 2, 2013

31 Ogos 2013

Pada tarikh 31 Ogos tahun lepas,
aku diarahkan untuk hadir ke Dataran Merdeka,
kerna kehadiran di wajibkan bagi semua staf,

Pada tarikh 31 Ogos tahun lepas,
aku juga diarahkan untuk pergi ke Stadium Bukit Jalil,
bagi sambutan hari kemerdekaan,

Pada tarikh 31 Ogos tahun lepas,
hari yang agak panas untuk abang aku,
pertengkaran yang membawa kepada perpisahan.

Pada tarikh 31 Ogos tahun lepas,
aku masih lagi demam panas,
dan keesokan nya di bawa ke hospital untuk check up darah,
semua itu berlaku pada tahun 2012

tahun ini agak berbeza bagi aku,
kerna pada 31 Ogos tahun ini,
seorang sahabat telah pun melangkah ke fasa hidup yang baru,
dahulunya kami ber-empat.
kini GSB hanya tinggal bertiga,

Tahniah diucapkan kepada seorang teman yang slalu bercerita pasal kesihatan,
teman yang tak bagi kitorang minum air berais,
teman yang selalu bagi pinjam best pro time bercuti,
teman yang selalu bersemangat bila bercerita pasal bisnes,
teman yang selalu tolong kumpul botol air lama dlm kereta dan buangkan,
teman yang selalu mendengar keluhan aku,
teman yang selalu share suka & duka dengan aku,
teman yang selalu ada bila aku memerlukan,

Don't worry Ayong, kitorang masih seperti dulu,
insyaallah GSB akan sentiasa ada dengan ko.
We are looking forward for your wedding day babe..!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...