Monday, December 31, 2012

Bubbye 2012, Hello 2013

Hello readers.! dalam beberapa jam je lg, kita akan menjengah ke tahun baru, 2013. Emm, as usual, org akan tanya apa azam tahun baru kan.? Well, sebelum cerita apa azam tahun baru, kita kena tengok balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun 2012, and try improve apa yang terbaik, tinggalkan apa yang memudaratkan.

Tahun 2012, bukanlah tahun yang baik bagi aku. Terlalu banyak cerita yang sukar aku lupakan. dan yang paling teruk adalah 3 bulan terakhir di tahun 2012. Yup, aku rasa diri aku berada di tahap yang paling teruk 3 bulan terakhir ni. macam-macam dugaan yang berlaku yang sekaligus melemahkan semangat aku. Aku tak boleh nak bangkit dari kejatuhan lagi, dan aku cuba memaksa diri aku selama 3 bulan yang sukar ini. Tambahan pulak kontrak aku tidak disambung. Yeah, menambahkan lagi asam gara dan memberi rasa yang teruk pada jalan kehidupan aku. Ya Allah. ! berliku sungguh jalan aku. Semua dugaan yang Kau berikan ni mungkin ada hikmah disebaliknya. Tapi untuk melawan semua rasa yang berperang di dalam hati, bukan lah sesuatu yang senang.

Tahun 2013 akan tiba beberapa jam lagi. dan aku hanya impikan yang terbaik buat diriku. dan aku berharap aku lebih tabah untuk menerima segala dugaan dan ujian pada tahun hadapan. Aku teringin sekali membina kerjaya aku tahun depan. Tapi semangat aku tak begitu teguh. adakalanya kuat, dan adakalanya jatuh. Sekarang ni.?? Semangat aku dah 50-50. Ish.. Kenapa dengan aku ni. Kemana semangat aku..? Semangat untuk terima sebarang cabaran.? Aku kena carik balik diri aku yang dulu, and mulakan hidup baru. 
Yang pergi biarkan pergi. Aku tak ingin mengenang kembali. okla..Play lagu Judika jap. Aku Yang Tersakiti..  See ya on the next year. bubbye and Happy New Year..!! 

Saturday, December 29, 2012

Melangkah Kaki

Hello Readers.! sudah 3 hari aku melangkah keluar dari Warisan and bergelar si penanam anggur yang tidak bertauliah. haha. My last day at JWN was a very dramatic moments i ever had. Hari terakhir yang semua tidak tahu dan hanya aku seorang je yang tau. Tindak tanduk aku mengemaskan meja dan segala barang2 aku telah membuat kan Staf HR bermain teka teki sendiri dan diorang dah bleh agak aku last day hari tu.

Berat hati nak meninggalkan warisan.tapi aku terpaksa. sebab kontrak aku bakal berakhir tahun ni. Keadaan yang paling sukar bila aku nak bersalaman dengan Sikin. Sorang ofismate @ team member @ adik pada aku. Weih, dia dapat tau aku last day rabu lepas, and dia terus balik tanpa salam dengan aku. tapi aku sempat nampak dia dalam kete kak siti, dan dia tertunduk. Emm..aku tau dia tak sanggup nak jumpa aku and say bubbye kt aku. Tak perla. aku terus keluar dari warisan and bersalaman dengan staf yang lain.

Uwaaa...sedih gak bila tengok orang lain nanges sebab aku. Terharu, sebak and macam2 rasa. tapi takpe la. khidmat aku berakhir setakat tu. dan aku hanya sempat tinggalkan nota serah tugas pada sikin, sebab aku tak sempat nak abeskan kerja.

okla..see ya..

Wednesday, December 26, 2012

3.. 2.. 1..

Oh.! hari ni hari terakhir aku berkhidmat kat sini. Masih ada beberapa jam lagi sebelum aku melangkah keluar dari ofis ni sebagai penjawat awam bertaraf kontrak. Banyak kerja-kerja yang tertangguh kerana sistem Hrmis yang tergendala minggu lepas. So, planning hari ni untuk siapkan kerja-kerja sebelum jam 5 petang dan wat nota serah tugas pada cik sikin. 

Aduhai..rasa cam hari ni semangat untuk kerja dah kurang. Ramai yang tanya pada aku, bila aku last kat sini.. Then aku hanya cakap minggu ni. Tapi aku tak cakap pada diorg hari ni aku last. Ish..rasa berdebar and macam2 rasa ada. aku tak tau camne aku nak balik and bgtau pd org2 HR kat sini. Waktu breakfast pagi td, kak ayuni ada cerita masa dia pegi kenduri muni sabtu lepas, dia tiba2 rase sebak bile jumpa muni. Muni plak suh kak ayuni balik cepat2, mungkin sebab dia tak nak termenangis masa tu. Pastu tanpa di duga, sikin, kak mah, kak siti pun rasa sebak gak. Diorg cakap :
"ni baru muni yang takde.. Kalau nad takde nanti camne plak rasanye."
Aku senyap sambil tersenyum. aku sendiri pun tak tau camne nak face diorg balik nanti. nak salam sorg2 org HR, mesti aku rase sebak mase tu. ape plak aku nak ckp kat sikin balik nanti. Aku tau dia antara orang yang akan terasa kosong sangat bila kitorang takda. Sume kerja Hrmis dia kena wat sorang, and ktorg jugak la tempat dia meluahkan perasaan. Takpelah. Siapkan kerja dulu walaupun hati dah mula rasa sedih. Senyum and hepi macam biasa supaya takda orang tau aku dah mula sedih hari ni.. Ok. Fokus wat keja.! See Ya..!!

Friday, December 21, 2012

Dua Puluh Satu Disember 2012

21 Disember 2012

Jumaat - Hari ini mungkin adalah hari yang penting bagi beberapa kawan-kawan aku. Ada yang bakal menamatkan zaman bujang pada hari ini, dan ada juga yang menyambut ulangtahun kelahiran pada tarikh ini. 

Memula aku nak ucapkan congratz kat coursemate a.k.a. ofismate a.k.a. besfwen aku , Muni yang bakal menamatkan zaman bujang dan seterusnya bergelar seorang isteri pada hari ini. Akhirnya selepas beberapa tahun kenal sejak dari diploma sampai sekarang, kisah cinta diorang bakal beralih kepada alam perkahwinan. Aku doakan diorang berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Seterusnya aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun kepada yang menyambut hari kelahiran pada hari ini. Ada 3 orang yang sambut birthday hari ni, Cik L, Encik M.k.a, last but not least Hairul. Semoga tahun ni dan tahun yang mendatang  adalah tahun yang terbaik untuk anda bertiga. 

21.12.2012 - korang aware tak ramai yang membuat ramalan pada hari ini akan berlaku kiamat, tambahan pulak hari ini adalah hari Jumaat dan kiamat memang dibayangkan akan berlaku pada hari Jumaat, cuma kita sebagai manusia memang tak tahu bila ia akan berlaku. Ada gak yang suruh wat loan banyak-banyak tahun ni, sebab dunia dah nak kiamat, so, kalau dunia kiamat tak payah la bayar loan.haha..nonsense.  Okla, saya tak nak komen lebih-lebih tentang dunia kiamat semua ni. Pengakhiran dunia adalah di tangan Allah, dan tiada sesiapa pun yang akan tahu bila dunia akan berakhir. 

Pada hari Jumaat yang mulia dan banyak erti ni, saya nak menyusun sepuluh jari andainya ada tersilap kata, terkasar bahasa dan kesalahan-kesalahan lain yang telah dilakukan secara tidak sengaja pada anda semua dan juga pada Cik L. Aku tau aku banyak salah pada dia, infact aku adalah seorang penipu besar pada dia. Baiklah, apa pun tanggapan dia pada aku, apa pun kesalahan aku pada Cik L, aku harap dia boleh memaafkan segala kesilapan aku. (takut gak kot2 umur aku tak panjang ke, and tak sempat lak nak mintak maaf pada dia) Aku pun dah terima balik balasan atas segala kesalahan aku dulu. 

Eh..?? minggu depan aku last keje. Kena siapkan report hari ni gak..!! See ya.!!

Happy Birthday..!!



Morning peeps..!! This entry was specially dedicated to a friend of mine who celebrate the special day today.. I wish you a very happy birthday to you 'colours'.. I'll pray the best for you and hope u had a great year ahead. I'll never forget your big day my dear friend.. The Click Five-Happy Birthday song  was dedicated to you. Hope this song will brighten your days. Sorry.. There's no more celebration, cakes or candles this year. No more 12am wishes on your birthday. I knew you hate me and i will never ever bother you with my stupid wishes to your phone. I wrote this for you coz i knew sooner or later you will read this entry. Once again, Happy Bithday 'colours'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...