Wednesday, December 19, 2012

Colours..


Oh.! aku takde idea untuk tajuk entry kali ni. Hari ni adalah hari yang kurang best bagi aku. Terasa macam sunyi pulak bila Muni dah mula bercuti. Aku takde kawan nak borak2 dalam kete pagi ni. Diorang kat Sumber Manusia ni pun cam suram je hari ni, tak tau la kenapa. Mungkin sebab bz nak uruskan uruskan kursus fail yang tersangat kucar kacir. Aku ni ibarat menghitung hari je kat sini. dan akhirnya segala pertanyaan aku di dalam minda telah terjawab. Sikin mintak aku minit fail SPS tadi. and secara tak langsung aku nampak surat terkini yang akan dihantar ke Kementerian. Surat Pelanjutan Kontrak bagi Contract For Service. Oh.! Memang sahih lagi tepat tekaan aku and Muni. Kontrak kitorang tidak disambung. Hanya sorang je yang akan disambung kontrak dan aku tau kenapa insan itu sahaja yang terpilih untuk disambung kontrak. 

Aku pujuk diri aku sendiri dan aku berkata
  "Arghh..Biarlah..Rezeki aku di tangan Allah, bukan di tangan nenek giler tu.. Kalau dia tak nak sambung kontrak kitorang pun takpe. Aku pun dah tak tahan nak mengadap muka dia kat sini.."

Hati sedih, muka kelat, senyum paksa. Ishh.. Aku kena carik keja lain untuk tahun depan. Aku harus merancang untuk hidup aku dari sekarang. Masa dah makin singkat. Minggu  depan aku last, and rasanya aku tak sanggup nak jumpa sorang-sorang sebelum aku tamat kontrak. Baik blah camtu jer. 

Ok. Play lagu Judika- Aku Yang Tersakiti , sambil layan untuk tulis entry ni. Menyanyi-nyanyi bait chorus lagu ni. 
" Tak pernah kah kau sadari, aku lah yang kau sakiti.. engkau pergi dengan janji mu yang telah kau ingkari..Oh! Tuhan tolonglah aku.. Hapuskan rasa cinta ku.. Aku pun ingin bahagia..Walau tak bersama dia.."

Menusuk betul lirik lagu ni. Setiap ayat tu umpama doa permintaan hati aku.. Tapi......
Hmm..hati aku tak berhenti menangis lagi walaupun kejadian tu dah hampir 3 bulan berlalu. Aku rindu dia. :'(




Temporary Shut Down.


Hello readers..!! Pernah nampak tak logo yang kat atas tu.? Emm.. pada yang memegang title sebagai penjawat awam, anda mesti tersangatla familiar dengan logo kat atas tu, or lebih dikenali sebagai HRMIS. Yup.! sebagai seorang pentadbir sistem HRMIS, aku just nak inform yang sistem HRMIS telah mengalami gangguan teknikal untuk sementara waktu sehingga diberitahu kelak. (aku rase2 tahun depan baru sistem ni baru boleh guna balik kot) sebarang urusan atau pertanyaan berkenaan cuti, LNPT, claim dan sebagainya yang telah tergendala, boleh dirujuk pada pihak Pengurusan Sumber Manusia Jabatan anda. Kemungkinan boleh guna manual dulu kot, sementara sistem ni 'sihat'. Keje aku pun banyak yang tertangguh ni gara-gara HRMIS. Masa untuk siapkan semua kerja pun dah makin singkat. Beberapa hari je lagi aku akan tamat perkhidmatan di sini. Wat nota serah tugas jela kat cik sikin.hehe.. Bubbye Warisan.. Bubbye KPKK.. and Bubbye Penerangan.. -_-

Thursday, December 13, 2012

tik tok.! tik tok.!



Masanya sudah hampir. Waktu berakhir perkhidmatan atau penyambungan suatu lagi pertanyaan. Aku sendiri tidak pasti dan yang pasti tiada pengharapan kerna tahap penerimaan sudah di tahap maksima. Biarlah semuanya berakhir di sini. Suatu permulaan harus bermula. Menaiki tangga dan menghirup udara yang berbeza. Tiada lagi nenek gila meroyan yang sering mengganggu minda menuntut hutang nya. Akhir tahun semakin hampir dan awal tahun baru bakal bermula. Mungkin hidup aku bakal berubah tahun depan (Wallahualam) Tik Tok.! Tik Tok.! Menghitung hari, menghitung setiap jam, minit dan saat.

Facebook.??

Hello..morning readers.! Actually, just nak buat skit announcement especially pada member-member yang mengenali. Saya nak inform pada semua yang facebook saya telah pun di deactivate pada suatu tarikh yang saya sendiri tak ingat bila. Oleh itu, pada kawan-kawan yang mencari saya di facebook dan gagal menjumpai profile saya, sila jangan beranggapan yang saya block anda semua,ok..? dan tolong lah jangan buat sebarang rusuhan jiwa, sentapan emosi, serang menyerang, duri durian dalam blanket or apa-apa tindakan yang agak kurang bijak bila tengok saya hilang dalam fb. Harap segala kekeliruan anda terjawab. Sekian terima kasih.

Tuesday, December 11, 2012

Janji itu Maniskah.?



Oh.! hello readers.. Pernah tak korang dengar lagu nih.? Janji Manismu nyanyian Aishah. Bagi aku lagu ni tersangat la mengganggu emosi. Kalau terdengar lagu nih, memang terasa cam menusuk sampai ke jantung. (Oh! Drama sungguh) tapi, betul ar, lagu ni ade kenangan and still terasa lagi sampai hari nih. Sebenarnya lagu ni Ex-bf si E@A tu pernah dedicate lagu ni. Mase tu kitorang memang tengah bergaduh sakan. and tetiba masa tengah bergaduh tu, dia suh dengar Radio Era sebab dia dedicate lagu tu. Dengan pantas aku pun cepat2 On radio and dengar Era. Pergghh.. Lagu Janji Manismu.. (masa tu tengah gaduh. so setiap bait-bait lirik tu aku dengar dengan teliti. Menghayati tau.! ) Teringat lagi, malam bergaduh tu aku berulang alik ke public phone utk call si E@A ni.. Ahahaha.. Kenangan zaman study yang susah aku nak lupa. Walau apa pun yang dah terjadi dulu, aku harapkan yang terbaik utk si E@A. Tiada dendam pada dia dan aku harap dia jumpa orang lain yang lebih baik. Okla.. Enjoy jap lagu Aishah ni k.. See ya.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...